Apakah pakaian di hari lebaran tahun ini yang bermain di fikiran atau dalam perancangan anda? Adakah baju kebaya labuh, jubah atau pun kurung moden? Kalau anda benar-benar ingin bergaya lain dari yang lain, tetapi kekal elegan dan chic, apa kata cuba sarungkan fesyen Lebaran Luster dari 11street ini.

11street cuba menampilkan kelainan fesyen lebaran tahun ini dengan menampilkan rekaan dari pereka tempatan seperti SyomirIzwa, Ruzz Gahara, VARIANTE dan Adam Liew. Apa yang bestnya, rekaan dari pereka fesyen ini terhad hanya untuk pelanggan 11street sahaja. Maksudnya, anda takkan dapat beli baju raya Lebaran Luster ini dari tempat lain selain dari laman web 11street.my

Apa lagi yang menariknya tentang fesyen Lebaran Luster ini? Setiap rekaan fesyen dalam siri ini ada sentuhan unik tersendiri.

Syomir Izwa cuba memberi tumpuan yang lebih meluas; kali ini beliau cuba memberi tumpuan kepada wanita bersaiz comel dengan menampilkan Gupta PLUS.

Baju rekaan Syomirizwa - GUPTA Plus
Baju rekaan Syomirizwa – GUPTA Plus

Manakala Ruzz Gahara pula menyuntik elemen batik dalam rekaannya Gilded Syawal. Walaupun rekaan Ruzz adalah sebuah rekaan moden, namun beliau cuba menggabungkan rasa tempatan. Sesuai dengan konsep lebaran yang ingin disambut.

Baju rekaan Ruzz Gahara - Gilded Syawal
Baju rekaan Ruzz Gahara – Gilded Syawal

VARIANTE seorang pereka fesyen yang terkenal cuba menonjolkan keunikan dalam rekaannya dan sudah tentu rekaan beliau bertajuk Glamoraya untuk Lebaran Luster oleh 11street ini unik dan sesuai untuk wanita yang tak takut menggayakan sesuatu yang luar dari garis konvesional konsep Aidilfitri. Lagipun, sudah tentu baju dari VARIANTE ini sesuai juga digunakan di majlis-majlis lain. Jadi memang alah membeli, menang memakai gitu.

VARIANTE - Glamoraya
Baju rekaan VARIANTE – Glamoraya

Adam Liew, pereka fesyen dari Melbourne mempersembahkan gaya fesyen, budaya dan seni dalam rekaannya. Adam juga cuba untuk mencipta sesuatu yang bukan hanya sesuai dipakai di hari raya, malahan dalam apa jua situasi dan acara dengan menekankan konsep unik, mewah dan moden. Rekaan Adam Liew yang dipanggil ‘French Kiss Raya Collection‘ dijamin akan membuatkan orang berkata ‘wow’ pada anda jika anda memakainya.

Baju rekaan Adam Liew - French Kiss Raya Collection
Baju rekaan Adam Liew – French Kiss Raya Collection

Selain dari empat pereka ini, 11street juga turut menampilkan pilihan raya dari Vercato, Elle Zada, Benang Hijau, Benua Clothing dan jenama-jenama lain. 11street ingin memudahkan anda dalam memiliki baju raya untuk tahun ini. Anda tidak perlu keluar ke kedai mahupun pasaraya, cukup sekadar ditemani telefon bimbit atau komputer riba, anda sudah boleh memiliki baju Lebaran Luster yang istimewa ini. Harganya juga berpatutan – dari serendah RM169 hingga RM1250.

Jika anda ingin melihat lebih banyak fesyen dalam koleksi Lebaran Luster ini, layarilah 11street.my – Lebaran Luster. Memang banyak sangat pilihan. Selamat shopping raya online!

 

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like