Baru sahaja melancarkan lagu single dan video terkininya, ‘Gelora’, Sean Ghazi mengumumkan pula kemunculan dengan ‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ yang akan dipentaskan di The Gardens Theatre pada 6, 7 dan 8 September 2017 sebagai sebahagian daripada aturcara The Kuala Lumpur International Festival of the Arts atau DiverseCity 2017.

Pelancaran lagu single dan video muzik ‘Gelora’ telah pun meraih lebih 80,000 tontonan dalam masa satu minggu sahaja, menjadi tabir menjelang ‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ – pementasan besar Sean yang pertama semenjak konsert amalnya ‘Wonderful Tonight’ dua tahun lalu. ‘GELORA – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ mengetengahkan TARAKUCHA! – sebuah big band yang ideanya dicetuskan sendiri oleh Sean, dan meraikan khazanah muzik Malaysia termasuk karya seniman unggul tanah air seperti P. Ramlee, Sudirman dan Jimmy Boyle.

TARAKUCHA! mempersembahkan lagu klasik dengan humor, penuh bertenaga dan dalam kelas tersendiri sambil turut mengambil inspirasi muzik global, malah juga membawakan lagu ciptaan original dalam gaya riang dan retro. Sean sendiri akan mengambil teraju vokal utama bersama Ida Mariana, manakala TARAKUCHA! dianggotai 10 pemuzik hebat tempatan pimpinan pengarah muzik, Nish Tham serta menampilkan ‘The Kuchettes’ yang dibarisi Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline & Sabrina Hassan. Sean berharap pencinta seni muzik dan budaya datang menyaksikan ‘Gelora – The Tarakucha Big Band Extravaganza!’ dan turut menyokong aspirasi beliau bagi memastikan agar khazanah muzik negara terus hidup dan seterusnya dikongsi dengan khalayak yang lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tiket​ ​‘Gelora​ ​-​ ​The​ ​Tarakucha​ ​Big​ ​Band​ ​Extravaganza!’​ ​berharga​ ​RM170​ ​/​ ​RM125​ ​/​ ​RM100
/​ ​RM70​ ​boleh​ ​didapati​ ​di​ ​www.tix.my​ ​.

GELORA​ ​-​ ​The​ ​Tarakucha​ ​Big​ ​Band​ ​Extravaganza!
Tarikh:​ ​6,​ ​7​ ​&​ ​8​ ​September​ ​2017
Masa:​ ​8.30pm
Tempat:​ ​The​ ​Gardens​ ​Theatre,​ ​Mid​ ​Valley​ ​City
Tiket:​ ​www.tix.my
RM170​ ​/​ ​RM125​ ​/​ ​RM100​ ​/​ ​RM70

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like