Zaman sekarang ni, hampir kesemua orang nak jadi Youtuber atau nak ada siaran podcast sendiri. Kalau kamu antara orang yang mempunyai impian untuk ada siaran podcast sendiri, memiliki suara seperti seorang penyampai radio sangat membantu. Dengan sedikit latihan dan teknik yang betul, anda boleh dapatkan kualiti suara yang terbaik, sama seperti seorang penyampai radio profesional.

1. Latih kord suara kamu

Untuk mendapatkan suara yang kuat, latihan berterusan diperlukan. Pilih mana-mana perkataan yang kamu suka, dan kemudian cuba sebut dengan nada sura paling tinggi tahap paling rendah yang kamu mampu. Ulang juga dengan kadar kekuatan suara berbeza. Selain dari perkataan yang kamu pilih sendiri, kamu juga boleh cuba sebut ini berulang kali:

  • Mm-mmm
  • Nay, nay, nay
  • Buat bunyi seakan bunyi siren

2. Berlatih sebut perkataan dengan jelas

Buat latihan depan cermin dan sebut setiap ayat pada mana-mana artikel latihan pilihan kamu dengan perlahan dan tepat. Jangan berbisik atau tergagap-gagap. Kamu juga boleh berlatih ayat pembelit lidah atau tongue twister seperti:

  • Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku
  • kukikis-kikis kuku kaki kiriku
  • Kuku-kuku kaki kakak aku luka tertusuk duri-duri duku kakak aku
  • Kakak-kakak aku kata kuku-kuku kaki kiri aku kaku-kaku

3. Rekod dan dengar suara kamu sendiri

Kenali kualiti suara kamu dengan merakam dan mendengar suara kamu sendiri. Kenalpasti beberapa kesilapan dan kelemahan yang boleh kamu perbaiki, dan cuba lagi hingga kamu berpuashati dengan kualiti suara dan penyampaian kamu.

4. Memanaskan suara dengan betul

Sebelum merakam suara untuk tujuan profesional, panaskan dulu kord suara kamu. Pastikan juga kamu minum air suam secukupnya. Jangan minum air bergula atau berkaffein terlalu banyak, ini akan menyebabkan bahagian mulut dan suara mengering. Elakkan juga produk tenusu yang akan menyebabkan penghasilan air liur berlebihan; ia akan menjadikan mutu suara kamu seperti berkahak.

Jika suara kamu hampir kahak, makan atau minum epal hijau.

5. Pastikan kedudukan badan kamu betul

Rehatkan bahu, jangan mendada mahupun membongkok. Posisi badan yang betul melancarkan pernafasan dan membantu melancarkan percakapan kamu. Jika kamu membongkok, bahagian paru-paru akan sedikit tertekan menyebabkan gangguan ketika kamu menarik nafas.

6. Berlatih kawal pernafasan

Cuba sedut udara segar. Tarik nafas tanpa perlu menaikkan bahu dan kira hingga tiga, tahan nafas kemudian hembus sekuat-kuatnya dalam kiraan lapan.

7. Lincirkan suara dengan wap panas

Jika kamu mampu, gunakan personal steamer dan sedut wap dari steamer tersebut. Jika kamu tiada personal streamer, kamu juga boleh rendam tuala kecil dalam air panas, perahkan kemudian letakkan pada mulut dan bernafaslah dari mulut kamu

8. Sentiasa mengurut bahagian muka hingga ke dagu

Cara ini adalah untuk menenangkan otot muka kamu. Urut muka ke arah bawah, dari bahagian tulang pipi ke arah dagu. Bila sampai ke dagu, buka mulut ikut aliran urutan. Ulang beberapa kali hingga kamu terasa kurangnya tegangan di bahagian muka kamu. Selain dari urut ke bawah, kamu juga boleh urutan muka dalam gerakan membulat.

9. Berlatih sebut huruf ‘R’

Letakkan lidah di belakang gigi bahagian atas. Hembus nafas dan sebut huruf R pada nada suara yang berbeza-beza; dari paling tinggi hingga paling rendah. Latihan ini membantu dalam melonggarkan lidah.

10. Kenalpasti gaya vokal kamu

Jangan terikut-ikut gaya percakapan orang lain. Kenalpasti cara percakapan natural kamu dan bina gaya kamu dari situ. Jadi diri sendiri, ini akan memudahkan kamu ketika bercakap.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like