Anak-anak kita perlu bermain dan sentiasa aktif untuk memastikan mereka sihat dan meningkatkan stamina. IKEA mengambil inisiatif menerusi kempen berterusannya berjudul Make Room for Play. Menerusi kempen ini, IKEA beriltizam untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya bermain serta menggalakkan mereka untuk menilai semula cara dan tempat mereka bermain.

Inisiatif ini disokong oleh penemuannya dalam Laporan Play IKEA (IKEA Play Report), yang merungkai betapa bermain itu penting di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa dalam kehidupan moden ini serta meneroka cara kita akan bermain pada masa depan.

Laporan Play IKEA (IKEA Play Report):

  • Aspek permainan akan menjadi multi-sensori sejajar dengan perkembangan teknologi seperti realiti maya (VR) serta teknologi yang boleh dipakai di bahagian badan untuk memberikan pengalaman yang lebih realistik.
  • Seiring dengan rentak kehidupan yang semakin pantas di mana masa menjadi semakin suntuk, aspek permainan akan menjadi lebih rapat dengan semua aspek kehidupan lain kita. Kita akan bermain di tempat-tempat yang secara biasanya bukan untuk tujuan bermain, misalnya di tempat kerja.
  • Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas, semakin banyak orang akan akan mencabarnya dengan memilih pelbagai permainan nostalgik yang menggamit memori zaman kanak-kanak kita.

Dalam satu bengkel kerja yang dianjurkan baru-baru ini, IKEA menunjukkan cara beberapa produk popular IKEA yang boleh mengubah sesebuah kediaman kepada taman permainan yang mengujakan. Bermula daripada keseronokan memasang meja hingga kepada menggunakan meja IKEA LACK sebagai papan mainan, IKEA menunjukkan betapa senangnya untuk kita mencipta ruang main di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari IKEA.my.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like