Jenama produk penjagaan wajah dari Korea Selatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Mamonde Malaysia, telah melancarkan kaunter keduanya di AEON Mid Valley hanya sebulan selepas pembukaan kaunter pertamanya di AEON 1Utama.

Berukuran 576 sq. Ft., Kaunter baru Mamonde mempunyai mesin mengurut tangan Flower Touch dengan  pilihan tujuh jenis krim tangan, pakar perunding kulit percuma dan juga Flower Experience Corner yang juga berfungsi sebagai kawasan aromaterapi bunga untuk merehatkan minda anda dengan aroma yang menenangkan.

ribbon-cutting-ceremony-2-from-left-ms-celine-diong-mr-robin-na-ms-margaret-chin-ms-ng-chin-choy-mr-jong-jin-park

Bagi yang tidak tahu, Mamonde menggunakan konsep ciri-ciri terapeutik bunga untuk semua produk mereka dan berharap untuk meluaskan pasaran kosmetik premium mereka. Bukan itu sahaja, Mamonde juga bersiap sedia untuk membuka kaunter ketiga di AEON Bukit Indah, Johor Bahru pada 22 November 2016.

Apa yang ditawarkan?

Sama seperti kaunter di AEON 1Utama, kaunter baru ini juga memperkenalkan 143 produk dari 32 kategori produk dari penjagaan kulit, alat solek, handcare dan juga penjagaan untuk rambut.

Bersempena dengan pembukaan kaunter baru Mamonde Malaysia, jenama itu menawarkan barangan eksklusif dengan pembelian produk Mamonde, set nilai istimewa dan rebat tunai. Ini termasuk hadiah dengan pembelian RM180 dan ke atas, dan set hadiah 5 produk tambahan percuma dan kanvas beg Mamonde Floral dengan pembelian RM350 dan ke atas. Value set termasuklah Park Shin Hye’s ‘Doctors’ Beauty Set pada RM179, Flower Power of 5 Skincare Set pada harga RM228 dan Floral Power of 5 Makeup Set pada nilai RM239.

Jika ingin bertemu dengan Park Shin Hye pada bulan Oktober ini, rebutlah peluang untuk memenangi pas meet & greet dengan membeli First Energy Lucky Box pada harga RM238 (terhad kepada 30 pelanggan sahaja). Maklumat lanjut mengenai lawatan yang akan datang akan diumumkan melalui laman Facebook Mamonde Malaysia (@ Mamonde.my) dan di Instagram (@Mamondemalaysia).

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like