Thailand memang terkenal dengan produk kecantikan unik. Lihat saja kulit selebriti Thailand, semuanya cantik-cantik belaka. Kami ingin berkongsi rahsia terbaharu dimana Masker Anjeri dari Thailand ini merupakan rahsia yang membuatkan kulit wajah golongan selebriti seluruh Asia kelihatan berseri, halus dan lembut.

Siri masker Anjeri yang bakal memasuki pasaran Malaysia termasuk Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.

Rangkaian Masker Anjeri

Anjeri Facial Mask

Anjeri Mask

Anjeri Gold Facial Mask dan Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% daripada sutera semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia. Ini membuatkan ia lebih hebat berbanding masker konvensional daripada kertas dan fabrik gentian (woven), memandangkan sutera kurang menimbulkan iritasi, alahan dan kegatalan pada kulit. Dengan ketebalan hanya 0.1 milimeter, kepingan masker Anjeri melekap pada kulit dengan sempurna dan lembut selain selesa pada kulit.

  • Anjeri Gold Facial Mask direka untuk menjadikan kulit yang matang kelihatan muda dengan kandungan sumber anti-penuaan dan pencerah daripada bahan-bahan semulajadi. Penggunaan masker ini akan membuatkan kulit lebih lembab, cerah, dan berseri dengan penurunan kedalaman kedut dan pigmentasi selepas hanya 15 minit pemakaiannya yang mengikut masa disarankan. Mungkin bahan paling menarik dalam masker ini adalah emas 24k, yang diakui mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit, sekali gus mengekang tanda- tanda penuaan.
  • Anjeri Silver Facial Mask pula diperkaya dengan bahan pelembap dan pencerah yang hebat yang mampu mengembalikan semula kelembapan yang hilang bagi menghasilkan kulit yang cerah, licin seperti kulit bayi. Penggunanya bakal menyaksikan saiz pori-pori yang mengecil, kedalaman kedut berkurangan, tiada lagi kulit kemerahan atau merengsa, sebaliknya semakin licin, cerah dan berseri.

 

Anjeri Gold dan Silver Facial Mask boleh didapati dalam kotak 10 helai keping masker pada harga runcit RM89.00 dan RM86.00.

Anjeri Sleeping Mask

Anjeri Sleeping Mask diperbaharui dengan gel unik di samping pembungkusan berbentuk kapsul untuk sekali guna. Direka untuk dipakai sebelum tidur, masker ini memberikan penyerapan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendapatkan kulit yang berseri, nyaman dan sihat pada sebelah pagi.

  • Anjeri Gold Sleeping Mask direka untuk rawatan wajah bagi meremajakan, mencerah dan anti-penuaan. Pengguna akan bangun tidur dengan kulit wajah yang lebih cerah selain tanda-tanda kedut, pigmentasi dan cela yang semakin pudar. Seperti juga Anjeri Gold Facial Mask, masker Anjeri Gold Sleeping Mask ini juga mengandungi emas 24k yang diyakini mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.
  • Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin. Ia mengandungi bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakteria, selain membantu membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.

Siri masker untuk dibawa tidur berasaskan gel ini terdiri daripada Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask yang boleh didapati dalam kotak 16 kapsul pada harga RM89.00 dan RM86.00. 

Anjeri Mask
Anjeri Mask

Rangkaian lengkap topeng kecantikan Anjeri kini boleh didapati di

www.anjeri.com.my

Untuk maklumat lanjut layari

Facebook: https://www.facebook.com/anjerimalaysia/

Instagram @anjerimalaysia_official

#AnjeriMalaysia

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like