Max Fashion, salah satu daripada jenama fesyen terbesar di Timur Tengah dan India, telah mengumumkan pelancaran outlet keempat dan utama mereka yang terletak di 1 Utama. Kami sungguh terpegun melihat barangan terutamanya pakaian yang dijual disini bukan sahaja cantik, tetapi amat berpatutan!

Outlet terbaharu Max Fashion dirasmikan oleh  Ramanathan Hariharan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Max dan Pengarah Landmark Group. Majlis pembukaan itu turut dihadiri selebriti seperti Amber Chia, Ashley Lau dan Brian See, dan media tempatan.

Terletak di Pusat Membeli-belah 1Utama, ruang outlet Max Fashion adalah melebihi 10,000 kaki persegi dan akan menjual pelbagai pakaian untuk lelaki, wanita dan fesyen kanak-kanak – serta pakaian sukan, beg, kasut dan aksesori. Outlet Max Fashion baru ini mempamerkan koleksi musim bunga Max dengan material Denim dan Activewear yang ranggi dan sesuai dengan fesyen sukan masa kini yang nampak trendy dan selesa.

Untuk maklumat lanjut:

Website (www.maxfashion.my)

Facebook page (https://www.facebook.com/MaxSoutheastAsia/)
Instagram channel (https://www.instagram.com/maxfashionsea/)

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like