1. Airmata manusia ada tiga jenis:

  • Airmata asas, yang menjadi pelincir mata
  • Airmata refleks, yang terjadi atas tindakbalas terhadapmasap dan habuk kekotoran
  • Airmata emosi, yang mengalir bila kita rasa sedih atau gembira

Kesemua jenis airmata adalah dari campuram air garam, minyak, antibodi dan enzim tetapi setiap jenis ada molekul berbeza. Airmata emosi contohnya ada bahan tahan sakit (painkiller) semulajadi yang dihasilkan oleh badan apabila kita berada di bawah tekanan.

2. Airmata yang mengalir ketika memotong bawang adalah airmata refleks. Untuk mengelakkan menangis ketika membawang, simpan bawang dalam peti ais sebelum dipotong dan gunakan pisau yang tajam.

3. Walaupun bayi kuat menangis, mereka sebenarnya belum mampu menghasilkan air mata sehinggalah umur mereka mencecah 7-8 bulan. Jadi kau menangis dah kenapa dik? Sementara itu, purata perempuan mengeluarkan air mata adalah 3.5 kali sebulan, dua kali ganda dari lelaki.

4. Menangis ada kelebihannya. Bila kamu menangis, badan akan menghasilkan oksitoksin dan endorfin, hormon yang membuatkan kamu merasa lebih lega dan gembira. Jadi menangislah!

5. Bagaimana terjadinya hingus meleleh bila kita menangis? Air yang dihasilkan untuk menangis kebanyakannya akan keluar ke rongga pada mata, dan selebihnya akan masuk ke rongga hidung dan bercampur dengan mukus menghasilkan hingus.

6. Semakin berusia seseorang, penghasilan air matanya akan menjadi semakin berkurang. Ini boleh mengakibatkan mata menjadi cepat kering. Ini terjadi terutamanya pada wanita mengandung. Untuk menghindari perkara ini, gunakan ubat cecair mata atau tuam mata kamu selama beberapa minit.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like