Kalau kamu seorang yang suka menari dan sukakan aktiviti kesihatan minda dan tubuh badan, memang wajib kamu hadiri Malaysian Urban Retreat Festival yang bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 hingga 6 November ini di MaTic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Banyak aktiviti menarik yang menumpukan pada kesihatan fizikal dan mental bakal diadakan, bersesuaian dengan temanya iaitu retreat atau aktiviti yang merehatkan.

Sepanjang tiga hari itu, antara aktiviti yang bakal diadakan adalah seperti:

Bengkel Kesihatan (Wellness Workshop)

Anda boleh mempelajari dan mencuba pelbagai aktiviti yoga, termasuk yoga yang bersesuaian dengan ibu mengandung atau ibu yang baru melahirkan anak.

d72_6772 0027-2 _yip4036

Tarian dan Pergerakan (Dance and Movement)

Anda juga boleh belajar tentang pelbagai jenis tarian, dari yang moden hinggalah ke tradisional; ada tarian Zumba, reggae, salsa, Capoera. Berpeluh tapi tambah ilmu tarian, tak nak ke?

Ceramah Kesihatan

Ceramah kesihatan yang bakal diadakan pun best-best semuanya. Peminat aromaterapi pasti tak nak ketinggalan mendengar tunjuk ajar tentang essential oils, juga ada ceramah tentang pemakanan sihat dan perkongsian ilmu berkaitan meditasi.

Bengkel Muzik

Muzik bukan sekadar untuk hiburan saja. Dalam bengkel ni, terapi muzik akan diperkenalkan.

Just Be Market & Spa

Perut lapar semasa acara? Jangan risau, kat sini ada pelbagai pilihan makanan sihat yang anda boleh nikmati sepanjang acara berlangsung. Kalau penat, boleh pergi urut badan kat spa.

baked-kl ilpuro

Nadi Night

Nak tak dengar alunan muzik yang menenangkan sambil melihat bintang di angkasa? Sertailah aktiviti Nadi Night di Murfest.

Haa macamana? Best kan aktiviti di Murfest ni? Kalau anda berminat nak sertai Murfest, dapatkan tiket masuk dengan segera:

Tiket 1 hari Escape pass (RM99 untuk Jumaat, dan  RM135 untuk Sabtu dan Ahad),

Tiket 2 hari Explore pass (Sabtu dan Ahad RM275)

Tiket penuh 3 Hari:  Experience pass (RM359)

Maklumat lanjut, layari murfest.com atau lawati Facebook mereka di www.facebook.com/murfest. Jumpa anda di sana!

 

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like