Bagi anda yang sukakan flora dan fauna dan ingin mendalami ekosistem hutan yang lengkap – menjadi satu lagi sebab tambahan untuk berkunjung ke Awana, sebuah hotel lima bintang yang menyediakan padang golf 18 lubang yang teramat luas, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan.

Awana Bio Park 

Sehubung dengan pengenalan tiga laluan jalan hutan baru dan juga usaha untuk
memulihara tumbuh-tumbuhan periuk dan buluh di Awana Bio Park, hutan hujan tropika
yang sudah berusia lebih dari 130 juta tahun dan juga kaya dengan biodiversity tersebut
menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban
ekologi di sana yang jaraknya hanya 15 minit berjalan dari hotel.

Awana Bio Park memberi peluang kepada para pelawat untuk menikmati udara segar
dan melangkah masuk menembusi bayang-bayangan hutan hujan Gunung Ulu Kali,
dan juga kemudahan merungkainya dengan teknologi digital dan sosial media.

Awana Bio Park

Awana Bio Park diperkenalkan bersama lima pengalaman yang direka untuk
merangsang dan memberi semangat, sesuai untuk perjalanan pencarian diri dan
membina semangat kerjasama-berpasukan dalam korporat.

Resorts World Genting bekerjasama dengan pakar alam semulajadi, Treks, untuk
projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan bersama dengan Eddie Chan dan Pat
Ang, yang akan membimbing dan juga berkongsi maklumat-maklumat menarik dengan
para pengunjung. Kumpulan pakar tersebut juga akan tunjukkan kepada anda pokok-
pokok langka, burung-burung eksotik dan juga spesis-spesis yang tidak biasa kita
jumpa yang tersorok, selesa dalam bayang-bayang hutan, dalam masa yang sama
melibatkan kecanggihan teknologi untuk pengalaman pembelajaran-penerokaan yang
menyeronokkan.

Setiap laluan tersebut direka untuk menonjolkan aspek-aspek istimewa hutan gunung di
Genting Highlands – sebuah ekosistem unik yang dibentuk oleh rupa bumi dan cuaca
yang terletak antara 3,000-6,000 kaki (920-1830 meter) atas paras laut. Pertama sekali
ialah Laluan Pemuliharaan (Conservation Trail), satu pusingan sepanjang 800meter
yang fokus pada flora Hutan Dipterokarp Atas (750-1,200meter atas paras laut), biome
yang kaya dengan tumbuhan-tumbuhan periuk, rotan, buluh montane, orkid liar, teratai
kelawar hitam, semua tumbuh di bawah bayangan Strangler Fig dan pokok kayu
gunung yang menjulang tinggi.

Untuk para millennial yang jarang sekali berpeluang untuk mendekati alam semulajadi,
kawasan Pemuliharaan Tumbuhan Periuk (Pitcher Plant Conservation) ialah tempat
yang agak menarik untuk melihat tumbuhan-tumbuhan karnivor. Dek tontonan yang
disediakan sepanjang jejak tersebut sesuai untuk para pengunjung yang cukup bertuah
andai dapat terlintas dengan burung Hornbill. Laluan ini juga akan menyerlahkan
usaha-usaha pemuliharaan yang didedikasikan untuk mengekalkan spesis-spesis
primeval ini, seiring dengan hasil tumbuh-tumbuhan, tidak kira dari segi penggunaan
praktikal, budaya dan juga semulajadi.

Laluan Hutan Herba (Herb Forest Trail) dan Laluan Biodiversity (Biodiversity Trail) juga
memberi fokus kepada biome Hutan Dipterokarp Atas, mengambil laluan yang lebih
panjang (masing-masing 1.8km dan 2.7km) untuk melibat lebih banyak lagi rupa hutan
hujan purba Gunung Ulu Kali. Sementara kumpulan pembimbing akan sentiasa menarik
perhatian anda kepada semua yang menarik di sana, kini terdapat spesimen-spesimen yang tertentu juga diberi fokus dengan adanya teg NFC yang boleh diimbas dengan
peranti pintar untuk dapatkan maklumat selebihnya. Di Laluan Hutan Herba, tarikannya
termasuk rumpun-rumpun buluh liar yang tebal atau herba-herba hutan yang penuh
dengan zat perubatan, semua boleh dijumpai sepanjang tanah hutan tersebut. Laluan
Biodiversity yang lebih panjang itu laluan yang amat sesuai untuk bergambar, trek
beralun yang menurun ke arah sebuah lembah dan anda juga perlu melintas sebatang
sungai yang mengalir, diteduhi oleh pokok kayu gunung yang meninggi melintasi awan.

Tiga laluan terbaru tersebut juga menawarkan lima jenis pengembaraan yang boleh
diadakan di hutan-hutan Genting Highlands, kesemuanya bakal mendedahkan aspek
yang berbeza daripada hutan tersebut. Hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku merupakan
pengalaman mendalam yang menggabungkan konsep Shinrin Yoku, iaitu penghargaan
hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi smartphone secara
strategik untuk mendedahkan lagi kekayaan biodiversity hutan hujan tersebut. The
Experience pula menggalakkan anda untuk menjadi lebih berani – anda perlu menuruni
papan yang diletak pada sudut 55 darjah menggunakan tali yang disediakan, hanya
untuk menikmati keindahan hutan itu dari sebuah sudut yang berbeza. Apabila senja
menjelma, mereka yang berani dan penuh dengan rasa ingin tahu boleh meneroka ke
dalam kegelapan untuk menimba pengalaman di waktu malam melalui sesi Pencarian
Malam (Night Herping).

Projek Pemuliharaan Buluh (Bamboo Conservation Project)

Selain daripada kepelbagaian aktiviti yang ada, Resorts World Genting juga ingin
memperkenalkan Projek Pemuliharaan Buluh (Bamboo Conservation Project) di Awana
Bio Park. Hutan di sini sudahpun menjadi kediaman antara buluh-buluh yang tertinggi
dan juga terkuat di dunia, projek tersebut bertujuan untuk memulihara dan katalogkan
bilangan rumpun buluh di Bio Park tersebut, seterusnya akan digunakan hanya untuk
kegunaan lestari. Buluh – pertumbuhan rumput terlaju di dunia – sebuah sumber yang
boleh diperbaharui, projek tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti
kraf buluh yang boleh membina semangat kerjasama kepada pengunjung Resorts
World Genting seperti membuat teepee dan juga blowpipe. Organisasi-organisasi lain
seperti Universiti Malaya, Birdlife dan juga Persatuan Pencinta Alam terlibat dalam
projek ini demi mengkaji haiwan-haiwan liar di hutan, dalam masa yang sama juga
pihak resort bekerjasama dengan Semai Orang Asli untuk mempromosikan karya
kraftangan asli dan meningkatkan kesedaran tentang peranan buluh dalam pembuatan
makanan tradisional.

Kesemua jejak diselia oleh pembimbing pakar alam semulajadi yang bekerja mengikut
temu janji dengan yuran RM75 seorang untuk Jejak Pemuliharaan (Conservation Trail),
RM95 seorang untuk Hutan Herba (Herb Forest) dan RM135 seorang untuk Jejak
Biodiversity (Biodiversity Trail). Sekumpulan bertiga adalah yang minimum untuk setiap laluan.

Pelawat hotel boleh membuat sebarang pertanyaan di kaunter penerimaan tetamu hotel
untuk membuat penempahan. Untuk sebarang penempahan luaran, sila hubungi Trek
Events di +60133993667 atau email info@treks.events. Untuk pertanyaan berkenaan
dengan Projek Pemuliharaan Buluh (Bamboo Conservation Project), sila hubungi 013-
3993667 (TREKS Eddie). Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi
+60361011118 atau layari www.regenting.com

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like