Di dunia serba moden ini, informasi amat mudah untuk didapati. Menjadi seorang ‘palatau’, bak kata anak muda masa kini, semakin senang seperti petik jari. Tak salah kalau anda nak ambil tahu lebih mendalam tentang sesuatu isu semasa, tetapi pastikan sumber yang anda perolehi itu adalah sahih atau sekurang-kurangnya berkredibiliti.

Untuk isu faraid, hibah, atau harga tinggalan orang yang telah meninggal dunia yang agak hangat diperkatakan kebelakangan ini, kami kongsikan senarai beberapa jurnal, artikel atau kajian ringkas dari universiti tempatan di Malaysia untuk jadi rujukan anda:

1. Pengurusan Harta Melalui Hibah: Kepentingan & Manfaat Dari Pelbagai Aspek Untuk Kemajuan Ummah

Penulis: Rusnadewi Abdul Rashid, Nor Hisyam Ahmad

Artikel terbitan: Jurnal Hadhari UKM (link) (pdf)

Ringkasan: Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang kepentingan perancangan harta dan kebaikan-kebaikan pelaksanaan hibah. Justeru itu, pemberian harta melalui hibah boleh diaplikasikan secara meluas pada masa kini bagi memberikan kebaikan kepada masyarakat.

2. Kajian Keberkesanan Undang-Undang Faraid Di Malaysia

Penulis: Suhaimi Ab Rahman, Rasyikah Md Khalid, Abu Bakar Jaafar

Artikel terbitan: Jurnal Akademika UKM (link) (pdf)

Ringkasan: Kajian ini melibatkan analisa undang-undang pentadbiran harta pusaka di Malaysia dan kajian lapangan mengenai keberkesanan undang-undang tersebut dalam memastikan pentadbiran harta pusaka orang Islam yang berkesan.

3. Kerelevanan Penyelesaian Masalah Pembahagian Pusaka Islam di Malaysia Melalui Pendekatan Takhāruj

Penulis: Md Yazid Ahmad, Wan Najmiyah Wan Ali, Anwar Fakhri Omar

Arikel terbitan: Jurnal Islamiyyat UKM (link) (pdf)

Ringkasan: Artikel ini membincangkan kerelevanan pemakaian mekanisme takhāruj yang bertindak sebagai medium menyelesaikan masalah pengagihan pusaka di Malaysia. Dapatan kajian merumuskan bahawa pendekatan takhāruj adalah suatu yang signifikan dan relevan dalam konteks menyelesaikan masalah pengagihan pusaka masyarakat Islam yang mampu menangani pemecahan saiz hartanah yang melampau dan mengelakkan kelewatan urusan pembahagian harta pusaka.

4. Pengurusan Tuntutan Harta Pusaka dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian di Lembah Klang

Penulis: Noor Syahida Abdul Rahman, Hasliza Talib, Nurhayati Abd Ghani, Nur Zulfah Md Abdul Salam & Nurul Syafini Abd Rahman

Artikel Terbitan: Jurnal KUIS (link)

Artikel ini ditulis bagi membincangkan tahap pengetahuan dan kefahaman masyarakat Islam serta tahap kecekapan dan keberkesanan institusi yang terlibat dalam pengurusan tuntutan harta pusaka.

5. Amalan Pembahagian Faraid Di Malaysia

Penulis: Mohd Khairy Kamarudin, Azwan Abdullah

Artikel terbitan: Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) (link)

Ringkasan: Kajian ini bertujuan memberikan kefahaman berkaitan dengan hukum dan perundangan faraid dalam konteks semasa di Malaysia. Kajian ini juga menerangkan alternatif kepada pembahagian faraid dan kekangan dalam melaksanakan pembahagian faraid dalam beberapa keadaan tertentu. Ilmu berkaitan faraid ini perlu diperluaskan supaya masyarakat dapat memahami dan mengamalkan ilmu tersebut dalam menyelesaikan masalah tuntutan pusaka.

6. Harta Pusaka Islam Di Malaysia: Antara Perundangan dan Pentadbiran

Penulis: Dr.Hj Resali bin Muda

Artikel terbitan: Malaysian Journal of Syariah and Law (link)

Ringkasan: Artikel ini menyentuh tentang kedudukan perundangan dan pentadbiran harta pusaka Islam dalam pembahagian pusaka untu menjadi panduan pemahaman kepada waris untuk mengambil tindakan seterusnya dalam menyelesaikan isu ini.

7. Penentuan Harta Pusaka di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Undang-undang Sivil

Penulis: Akmal Hidayah Halim, Azhani Arshad

Artikel terbitan: Jurnal Kanun DBP (link)

Ringkasan artikel: Artikel ini bertujuan mengenal pasti had dan bentuk harta yang ditinggalkan oleh si mati yang dianggap sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya. Perbincangan memfokuskan isu berkenaan akaun bersama, harta penama, pencen terbitan dan ex-gratia, yang selalu menjadi subjek pertikaian sama ada dikira sebagai harta si mati ataupun tidak. Peruntukan undang-undang dan kes berkaitan isu ini dikaji dan dirumuskan bagi memperjelas kedudukan harta tersebut.

8. Pengurusan Harta Keluarga Mengikut Islam dan Realiti Semasa di Malaysia

Penulis: Ahmad Hidayat Buang

Artikel terbitan: Jurnal Muamalat (link)

Ringkasan artikel: Artikel ini merupakan satu percubaan untuk membincang isu-isu ini daripada perspektif perundangan Islam terutama tentang penggunaan prinsip Syariah yang lain secara inovatif dalam pengurusan harta dan agihan pusaka orang Islam di Malaysia.

9. Hak Pusaka Wanita Menurut Hukum Syarak dan Keharusan Pembahagiannya Mengikut Dinamisme Budaya Tempatan

Penulis: Mohd Anuar Ramli, Mohd Hafiz Jamaludin, Mohammad Aizat Jamaludin

Artikel terbitan: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari UNISZA (link) (pdf)

Ringkasan artikel: Artikel ini akan memfokuskan kepada polemik pusaka wanita dari perspektif hukum Islam sama ada nisbah lelaki wanita 2:1 bersifat rigid, atau ada peruntukan lain yang melebihkan kaum wanita berbanding lelaki. Artikel initurut membincangkan sama ada hak tersebut boleh berubah dengan perubahan sosiobudaya masyarakat dan berubah menjadi hak yang sama rata antara lelaki dan wanita serta penyelesaian alternatif kepada isu tersebut dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia.

10. Janji hibah: analisis mengikut perspektif undang-undang Islam dan potensi pelaksanaannya sebagai alternatif kepada penyelesaian pusaka di Malaysia

Penulis: Nasrul Hisyam Nor Muhamad

Artikel terbitan: Jurnal Undang-undang Malaysia (link) (pdf)

Ringkasan artikel: Artikel ini cuba untuk mencadangkan mekanisme “janji hibah” sebagai alternatif atau sekurang-kurangnya sebagai tambahan kepada senarai mekanisme yang telah disebutkan. Artikel ini menganalisis mengenai kedudukan janji hibah menurut perspektif undang-undang Islam dan potensi pelaksanaannya sebagai salah satu instrumen agihan harta orang Islam di Malaysia.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like