Panasonic telah membuktikan bahawa mereka sangat prihatin terhadap penjagaan kulit yang licin dan berseri apabila mereka melancarkan Panasonic Beauty dengan tema Serlahkan Kecantikan Anda sejak tahun 2015 lagi.

Panasonic Beauty juga mahu memperkayakan wanita Malaysia tentang tips dan cara untuk memiliki kulit yang kekal sihat dan cantik dengan mengadakan pelbagai bengkel-bengkel kecantikan yang turut bertujuan untuk berkongsi tentang produk kecantikan sejak 3 tahun lalu. Panasonic menyatakan bahawa mereka akan cuba untuk terus menganjurkan program sebegini setiap tahun.

SAM_7926

Dan baru-baru ini, Panasonic Beauty telah memperkenalkan 3 produk kecantikan elektronik terbaru mereka iaitu 2 alat penjagaan muka dan 1 alat penjagaan rambut:

Peralatan Pembersihan Pembusa Mikro (EH-SC50)

IMG_9117

Berus lembut pada alat ini boleh menghapuskan kekotoran dan minyak selain dari dapat membersihkan liang secara mendalam tanpa merengsa kulit. Selain daripada itu, ia juga dapat menanggalkan make up kerana terdapatnya fungsi penanggalan dandanan berrasaskan gel dan krim. Harga Pembersihan Pembusa Mikro (Mikro Foaming Cleansing Device) adalah RM499.

Peralatan Pembersih dan Pengetonan Ionik (ES-ST50)

Alat ini mempunyai kuasa ionik yang boleh menyerap masuk bahan pelembap ke dalam kulit. Bentuk segitiga di bahagian kepala ini boleh meninggikan kesan kelembapan. Harga Pembersih dan Pengetonan Ionik (Ionic Cleansing and Toning Device) adalah RM559.

Pemanas Berus Penggaya (EH-HT40)

Berus ini sesuai digunakan untuk mereka yang ingin menggayakan rambut kerinting besar dan ikal, mahupun mereka yang mahu rambut mereka kekal bermaya. Alat pemanas ini mempunyai 2 shu yang boleh disesuaikan mengikut gaya dan citarasa. Harga Pemanas Berus Penggaya (Styling Brush Iron) adalah RM199.

SAM_7915 IMG_9116

Lebih banyak produk kecantikan akan dikeluarkan oleh Panasonic di masa akan datang. Nampaknya, Panasonic benar-benar ingin menjadikan wanita sebagai sasaran utama dalam  memasarkan produk baru mereka yang lebih inovatif. Kesibukan wanita bekerjaya masa kini diharapkan dapat menjadikan mereka kekal cantik berseri.

IMG_9129

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like