Glutathione telah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit  dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan. Buat julung kalinya, penggemar kecantikan kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan, bagi membangunkan produk yang sangat stabil tetapi efektif untuk penggunaan secara terus. Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside)  Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.

 Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System diformulakan bagi mewujudkan produk pemutih secara menyeluruh terulung dengan Glutathione sebagai bahan utama. Digunakan terus pada kulit, Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit.

Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System akan membuat pra-pelancaran sulungnya pada Mei 2019 di semua cawangan Sasa seluruh negara.

  1. Dr Wu Glutalight

     WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING ESSENCE TONER 150ml (RM179)

Meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit

Penyegar seperti serum yang boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua-dalam-satu. Produk pertama yang menggunakan  revolusi formula pemutihan “Glutalight™” mengandungi Glutathione dipaten di Jepun yang menggunakan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, dan ditambah Allantoin  untuk melembutkan kulit, dengan kesan pemutihan dan kelembapan, mengurangan dengan berkesan kemunculan pigmentasi, serta mencerahkan kulit kusam dan tidak sekata, Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit yputih sempurna!

  1. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING LOTION 50ml (RM219)

Memperbaiki kulit, menjadikan ia cerah dan bersinar

Losen yang teksturnya ringan dan berkrim ini, merupakan yang pertama menggunakan formula pemutih “Glutalight™” yang dipaten di Jepun, bersama-sama dengan AA2G, HerbEx Silybum Extract™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro, yang boleh mengurangkan kemunculan pigmentasi selain menghaluskan dan melembapkan kulit. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

 

  1. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING SERUM 15ml

(RM 169)

Menghentikan melanin pada setiap peringkat: pemutih yang lengkap

Padat dengan bahan-bahan pemutih berkepakatan tinggi. Ia meratakan warna kulit yang tidak sekata dan mencerahkan noda hitam, menjadikan wajah anda nampak berseri dengan hanya dalam satu botol. Produk pertama menggunakan revolusi formula pemutih Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten di Jepun, selain kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk menghalang sepenuhnya pengeluaran melainan bagi kesan pemutihan yang cepat dan kekal lama. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

  1. WU GLUTALIGHT™ WHITENING EYE SERUM 15ml (RM 179)

Menghilangkah kegelapan dan meningkatkan keanjalan kulit

Serum mata dengan tekstur sangat ringan ini menggunakan revolusi formula pemutihan Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten diJepun, selainn kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, Asid Hialuronik molekul mikro dan Haloxyl untuk meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemunculan lingkaran hitam di keliling mata.  Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like