Pada 1 Mei 2016 ini, tamatlah sudah perkhidmatan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selama 36 tahun sebagai gabenor dan peneraju Bank Negara Malaysia yang telah disandangnya sejak dari 16 tahun dahulu.  Zeti terkenal kerana kebijaksanaanya dalam dunia ekonomi, tapi kami yakin tak ramai yang tahu tentang peribadi beliau sebagai seorang wanita, anak, isteri dan ibu kan?

Dr-Zeti-Akhtar-Aziz

Kami kongsikan dalam artikel ini xx info menarik tentang peribadi Tan Sri Zeti Akhtar Aziz:

1. Lahir pada 26 Ogos 1947, menjadikannya seorang wanita berbintang Virgo

Mereka yang berbintang Virgo memang terkenal sebagai seorang yang berdisiplin, jujur dan pemurah. Mereka juga lebih mengutamakan kebajikan insan tersayang berbanding kepentingan fizikal dan emosi sendiri.

tokoh MaalHijrah

2. Mempunyai dua orang anak lelaki yang boleh tahan tampannya iaitu Alif Ayman dan Aziz Ayman

Hasil perkahwinannya dengan Dato Dr Tawfiq Ayman, Zeti dikurniakan dua orang anak lelaki. Alif Ayman bekas graduan Harvard Universiti, pernah mengambil kursus rekabentuk di Universiti Multimedia dan pernah bekerja sebagai pereka grafik di Astro. Manakala Aziz Ayman pula sedang melanjutkan pelajaran di MIT Sloan School of Management di Amerika Syarikat.

3. Beliau ada darah campuran Melayu, Circassian dan Arab Hadhrami

Mesti ada yang tertanya-tanya dari mana datang rupa matsaleh yang diwarisi oleh keluarga Zeti Akhtar Aziz kan? Bapa Zeti, Profesor Diraja Ungku Aziz berbangsa Melayu dan Circassian (bangsa yang berasal dari Turki) manakala ibunya pula campuran Melayu dan Arab Hadhrami. Sebab tu cantik!

4. Mendapat pendidikan tertinggi terawal di Universiti Malaya

Cde4FVSVIAANynU

Siapa kata universiti tempatan tak setanding dengan antarabangsa? Contohnya, lihatlah kejayaan Zeti sekarang. Beliau mendapat sarjana muda dalam Ekonomi di Universiti Malaya sebelum menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana dan Kedoktoran di Universiti Pennsylvania, Amerika.

5. Tidak mempunyai sebarang akaun media sosial

p6_bizw_110316_pg06b_tankimbock_1

Ketika artikel ini ditulis, kami cuba sedaya upaya mencari akaun media sosial kepunyaan Zeti Akhtar, tapi kurang berjaya. Memang individu yang bekerjaya dan berjaya seperti Tan Sri Zeti ni tak ada masa kot untuk perkara sebegini. Ada sesiapa tahu kalau-kalau Tan Sri Zeti ada Facebook? Sila jawap di ruangan komen ya?

Terima kasih Tan Sri Zeti atas jasamu terhadap ekonomi dan perbankan Malaysia selama ini. Selamat maju jaya kami ucapkan!

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Ada Apa Kat Tbilisi, Georgia?

Kali ini kami di segmen Trip Impian ingin mengajak anda berangan-angan ke Tbilisi, Georgia. Wow, tak pernah dengar pun nama tempat tu? Best ke? Nak tau, bacalah