Pernah tak anda ternampak iklan di mana-mana media sosial, menawarkan kelas memasaklah, kelas marketing Facebooklah, jual ebuku cara nak meniagalah dengan harga yang kadang-kadang tak masuk akal? Kualiti kelas-kelas tersebut pulak tidak terjamin, dan anda kena ikut masa cikgu atau guru kelas tu. Kalau dia kata kelas buat waktu malam, waktu malamlah anda kena masuk kelas.

Buat apa ada telefon dan teknologi canggih jika tidak digunakan sepenuhnya? Tahukah anda, sekarang ni anda boleh belajar secara online dengan mutu pembelajaran hampir menyamai pelajaran di institusi tinggi dengan secara percuma sahaja? Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh request untuk cetak sijil dan gunakan sijil itu untuk kareer masa depan anda jika anda mahu.

Ini sis senaraikan beberapa kelas online percuma yang anda boleh sertai dan cadangan kursus yang anda boleh ambil:

1. Coursera.com

Teknologi maklumat:
Bina aplikasi Android pertama anda (Build Your First Android App) https://www.coursera.org/learn/android-app

Bagaimana membina laman web di hujung minggu (How To Create a Website in a Weekend): https://www.coursera.org/learn/how-to-create-a-website

2. Khan Academy

Teknologi maklumat:
Pengenalan HTML/CSS: Membuat laman web (Intro to HTML/CSS: Making webpages): https://www.khanacademy.org/computing/computer-programming/html-css

Tatabahasa Bahasa Inggeris (Grammar): https://www.khanacademy.org/humanities/grammar

Sejarah dunia:
Sejarah Dunia (World History): https://www.khanacademy.org/humanities/world-history

3. Future Learn

Pemasaran:
Kemahiran Digital – Pemasaran Digital (Digital Skills – Digital Marketing): https://www.futurelearn.com/courses/digital-skills-digital-marketing

Kemahiran Digital – Media Sosial (Digital Skills – Social Media): https://www.futurelearn.com/courses/digital-skills-social-media/12/welcome

Analitik Media Digital: Media Berbayar (Digital Media Analytics: Paid Media): https://www.futurelearn.com/courses/paid-media/2/welcome

Digital Media Analytics: Earned Media: https://www.futurelearn.com/courses/earned-media/2/welcome

Kesihatan
Memahami Tekanan Perasaan di Kalangan Belia (Understanding Depression and Low Mood in Young People): https://www.futurelearn.com/courses/depression-young-people

Memahami Autisme (Understanding Autism): https://www.futurelearn.com/courses/autism

4. Alison.com

Pemasaran
Strategi Media Sosial Untuk Perniagaan Kecil (Social Media Strategy For Small Business): https://alison.com/course/social-media-strategy-for-small-businesses

Google Adsense: https://alison.com/course/google-adsense

Google Analytics: https://alison.com/course/google-analytics—383

Pengenalan Pemasaran (Introduction to Marketing): https://alison.com/course/introduction-to-marketing

Teknologi Maklumat
Bina Laman Web Pertama Anda (How To Create Your First Website): https://alison.com/course/how-to-create-your-first-website

Diploma in E-commerce Web Development: https://alison.com/courses/diploma-in-e-commerce-web-development/content

Perniagaan

Merekodkan Transaksi Perniagaan dalam Perakaunan (Recording Business Transactions in Accounting): https://alison.com/course/recording-business-transactions-in-accounting

Membina Perniagaan Atas Talian (Building an Online Business): https://alison.com/course/building-an-online-business

Asas Perakaunan (Basic Accounting): https://alison.com/course/basic-accounting

Kesihatan
Kajian Kesihatan Mental (Mental health studies): https://alison.com/course/mental-health-studies-understanding-behaviour-burnout-and-depression-revised

5. Edx

Pemasaran
Pengurusan Pemasaran (Marketing management): https://www.edx.org/course/marketing-management-2

6. Harvard

Agama
Islam Dari Kitab Sucinya (Islam Through Its Scriptures): https://online-learning.harvard.edu/course/islam-through-its-scriptures?delta=0

Sebenarnya dalam laman web di atas, ada banyak lagi kelas-kelas menarik yang boleh korang ikuti ikut minat dan keperluan masing-masing. Yang bestnya, anda boleh belajar ikut ruang masa anda sendiri. Tak perlu terburu-buru, boleh ulang-ulang banyak kali sehingga anda faham sepenuhnya.

Jangan persia-siakan bandwidth atau data telefon anda. Gunakannya dengan perkara berfaedah dengan sambung belajar secara dalam talian. Selamat maju jaya!

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Tips & Cara-cara Bancuh Simen

Sebagai wanita, kita harus tahu perkara asas dalam pembinaan. Mana tahu satu hari nanti nak buat rumah atau nak simen batu-bata ke?