“Baby Shark doo doo doo doo dooo~” Rasa semua dah hafal bait lirik lagu viral comel keluarga jerung ni kan? Hihi termasuklah saya.

Sepanjang hidup ni, saya sendiri tak pernah fikir yang saya pun turut terjebak sama menyukai lagu untuk kanak-kanak tau, tapi lagi Baby Shark dari Pingfong ni betul-betul comel sampai saya dah hafal.

Jadi bila dapat tahu ada event Pingfong bersama Astro Circle kat One Utama pada hari Jumaat lepas, terus excited nak bawa Aayiz menari Baby Shark tau! Pagi-pagi masa event tu terus ajak papa Aayiz ke ruang legar One Utama.. sampai lebih kurang 9-10pagi, tapi ya Allah dah penuh orang.

Punyalah ramai peminat Pingfong dan Baby Shark ni gais. Sebenarnya event ni bukan sahaja boleh belajar tutorial menarik tarian viral Baby Shark tu, tapi ada banyak sangat booth menarik yang boleh anak-anak buat aktiviti bersama ibu bapa dan menang hadiah.

Ni sis dengan blogger terkenal lain kat event ni. Semua pakat bawak anak masing-masing hihi padahal mak bapak yang terlebih teruja masa ni.

Acara yang berlangsung selama 3 hari ini ada booth merchandise rasmi Pingfong juga, so anda boleh membeli barangan eksklusif Pingfong di sini ataupun beli je secara online ataupun di Go Shop. Go Shop membawa barangan eksklusif Pingfong ke Malaysia termasuklah mainan, softoys, buku bunyi-bunyian dengan harga di antara RM50 hingga RM80 setiap satu.

Pingfong yang juga inspirasi SmartStudy yang popular dengan tarian dan nyanyian mudah dihafal iaitu video ‘Baby Shark’. Yang terbaharu, lagu ‘Baby Shark’ ni sudahpun ada dalam versi Bahasa Malaysia — Bayi Yu. Pingfong dan Astro akan menyediakan 70 lagu termasuklah lagi Bayi Yu ni dan 4 lagi lagu baharu menerusi Astro Best. Pelanggan Astro yang mahu membeli video muzik Pingfong, anda boleh membeli dengan harga RM10 sahaja untuk 5 hari tontonan.

Macam mana nak langgan dan beli lagu dan barangan Pingfong?

1. Pelanggan boleh membeli lagu-lagu dan muzik video Pinkfong di saluran Astro 481 untuk RM10 dengan tempoh tontonan 5 hari, atau lawati laman web Astro First untuk maklumat lanjut.
2. Sambungkan PVR anda untuk muat turun dan tontong Pinkfong on demand.
3. Pesan barang eksklusif Pinkfong termasuk plush toys dan buku menerusi apps Go Shop atau di laman web Go Shop

Pentingnya pembelajaran yang seronok untuk anak-anak

Bila dah jadi ibubapa ni, memang kena ambil tahu cara-cara nak mendidik anak dengan lebih kreatif supaya anak tidak cepat bosan belajar benda baharu. Astro pun bersetuju dengan pendapat ni tau sebab tulah mereka berusaha untuk memastikan apa yang mereka tayangkan sesuai untuk anak-anak dan bercadang untuk menawarkan lebih banyak pengalaman Pingfong yang boleh disertai seisi keluarga.

Menang Hadiah Dengan #BabySharkChallenge

Yes, buat je video tarian Baby Shark, kemudian upload di laman Instagram atau Facebook dengan hashtag #BabySharkChallenge #BayiYu #BabyShark #Schoolsout #babysharkdancewithastro dan jangan lupa tag @AstroCircle @astromalaysia. Apa hadiahnya kalau menang? Ofcourselah korang boleh menang merchandise eksklusif Pingfong gais! Make sure profile ataupun video anda public, kalau tak macam mana Astro nak tahu, betul tak?

Kat bawah ni I ada share macam mana video #babysharkchallenge dengan anak kita, so korang pun boleh join sama buat okay?

 

Untuk info lanjut tentang Baby Shark – Bayi Yu merchandise, or nak beli video atau lagu-lagu Pinkfong:

http://www.astro.com.my/
https://www.facebook.com/Astro/
https://www.instagram.com/astromalaysia/

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like