Baru-baru ini saya telah ke pelancaran produk terbaharu dari Yves Rocher iaitu rangkaian Yves Rocher Elixir Jeunesse. Produk ini dilancarkan untuk membantu wanita dan lelaki yang ingin mengurangkan masalah penuaan dengan cara semulajadi dan paling penting, menggunakan produk anti-pencemaran.

Tahukah anda pencemaran, pancaran sinaran UV, keletihan, tekanan adalah faktor luaran yang mempercepat penuaan kulit. Untuk produk terbaharu dari Yves Rocher iaitu rangkaian Elixir Jeunesse ini, mereka menggunakan ekstrak Aphloia yang secara semula jadi boleh diasimilasi oleh kulit dan boleh melambatkan proses penuaan dengan meningkatkan sistem pembetulan* dan anti-pencemaran* kulit.

 

Komitmen Yves Rocher

Ekstrak Aphloia (ekstrak tumbuhan yang terdapat di Madagaskar) adalah hasil dari proses pengekstrakan 100% semulajadi dan formula ini diuji di bawah penyeliaan dermatologi dan dipatenkan di Perancis. Formula ini mengandungi lebih daripada 94% bahan daripada asal semula jadi, menggunakan bekas kaca boleh dikitar semula, kadbod dari hutan yang dikendalikan secara mapan. Yang paling penting ianya bebas minyak mineral, silikon, pewarna dan paraben.

Cleansing Micellar Water, 200 mL (RM59)

Bagi yang mahukan wajah lebih bersih dan segar, this is the answer. Micellar water ini adalah bukan sebagai ganti pembersih solekan, akan tetapi ia mampu memberikan wajah lebih segar dan bersih selepas mencuci wajah. Ianya mempunyai tekstur gel walaupun ia tidak berbuih atau sebati seperti pembersih biasa. Untuk menggunakan micellar water ini, hanya tuangkan sedikit pada pad kapas dan lap rata di seluruh muka termasuklah leher. Micellar water ini juga mengandung esktrak lidah buaya untuk merawat keradangan dan kemerahan, serta air bunga chamomile yang kaya dengan antioksidan dan menenangkan kulit.

Yves Rocher Elixir Jeunesse Double Action Essence Reparation + Anti-Pollution 30ml (RM159)

Ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada akselerasi penuaan termasuk pencemaran, tekanan, sinaran UV dan keletihan. Ia mempunyai tekstur yang sama seperti serum dan cepat diserap kedalam kulit. Ia didatangkan di dalam botol penitis, dan all you need is just a few drops on your hand. Simple je nak pakai. Hanya sapu rata pada muka sebelum meletakkan krim malam, urut rata pada bahagian mata, bahagian mudah kedut ( tepi bibir, dahi dan seluruh wajah). Kulit akan rasa lebih lembap dan ia juga memberikan efek pencerahan apda wajah. Apa yang saya suka ialah ia tidak melekit dan berminyak pada kulit selepas pakai. Selain dari aloe vera dan air bunga chamomile, esen ini juga mengandungi asid sitrik, AHA yang mengelupas kulit secara ringan dan memberikan perolehan sel kulit yang lebih pantas.

Detoxifying Flash Mask (75 mL, RM69)

Ia bukan topeng wajah biasa tau, sebaliknya, anda hanya perlu meletakkan lapisan masker pada wajah, biarkan sekitar 15 minit dan bilas bersih. Anda boleh menggunakan masker ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang lebih lembap. Bahan-bahan lain yang ada di dalam masker ini termasuk lidah buaya, kanji ubi kayu, ekstrak biji moringa dan vitamin E.

The Reviver Roll-On For Eyes (15mL)

Ia adalah roller pelembap khas untuk mata. Apa yang istimewanya? Pertama, ia adalah aplikator yang mempunyai tiga bola metalik yang meluncur laju pada kulit dan merata gel pada kontur mata. Anda juga meletakkan ia di dalam peti sejuk semalaman untuk kesan penyejukan akhir dan memberikan sensasi pendinginan. Gunakannya pada waktu pagi untuk membuat wajah anda kelihatan lebih segar atau menggunakannya pada waktu malam untuk memulihkan semula mata anda. Bahan-bahan yang ada di dalam formula ini termasuk lidah buaya, minyak biji bijan, air bunga chamomile, mika (yang memberikan kulit glowing berseri) serta enzim antioksidan yang membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata dan meningkatkan keanjalan kulit.

Elixir Jeunesse Restructuring Day Care (50 mL, RM139)

Ini adalah krim pelembap siang di dalam bentuk gel yang terasa sangat ringan pada kulit. Saya menggunakannya sebaik sahaja menggunakan Essence Double Action untuk mengunci kelembapan sepanjang hari. Dalam masa beberapa minit, ia benar-benar meresap ke dalam kulit dan meninggalkan kesan matte dan tidak bersinar. Ia didatangkan dalam botol kaca yang boleh dikitar semula. Produk ini mengandungi air aloe vera dan chamomile, shea butter dan vitamin E.

Elixir Jeunesse Sleeping Care ( 50 mL, RM139)

Ini pula adalah pelembap waktu malam dan ia tidak mempunyai tekstur tebal jadi ia tidak mengambil masa yang lama untuk meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai konsistensi seperti gel dan tidak meninggalkan wajah anda di dalam keadaan melekit atau berminyak. Anda boleh pakai krim malam ini selepas memakai Essence Double Action untuk meningkatkan kesan penghidratan. Selain dari ekstrak daun aloe vera yang menenangkan dan air bunga chamomile, pelembap ini juga mengandungi minyak biji makadamia dan vitamin E.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh berkunjung ke outlet Yves Rocher berdekatan anda dan beli secara online di Hermo MY 

Info lanjut:

Lazada: Yves Rocher Official Store

Instagram https://www.instagram.com/myyves_rocher/?hl=en

Facebook  https://www.facebook.com/YvesRocherMalaysia/?ref=br_rs

Nota:

– Secara mendalam: struktur kulit diperbaiki dan diperkuat. *
– Di permukaan: pengoksidaan pencerobohan dan kerosakan daripada pencemaran adalah terhad.*Hari demi hari, kedutan anda akan berkurang. Detoksifikasi dan kulit anda dibaiki. **

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like