Anda nak merasai pengalaman membeli belah di Maghribi? Tidak perlu pergi jauh kerana Setapak Central Mall telah bertukar wajah menjadi Bazar Marrakech yang amat mempesonakan! Dalam kempen yang berlangsung selama sebulan itu, para pengunjung turut berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah fesyen bernilai RM8,500 untuk meraikan Raya dengan penuh gaya.

Selain daripada hadiah yang menarik berkenaan, para pengunjung juga menyaksikan beraneka persembahan bertemakan raya serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan pada hujung minggu.

Aktiviti Menarik Untuk Pengunjung

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diaturkan seperti Tarian Tradisional Melayu, persembahan Angklung secara solo, lukisan batu untuk kanak-kanak, demonstrasi kesenian kopi, bengkel anyaman ketupat dan bunga tekap,” ujar Pengarah Eksekutif Setapak Central, Chan Lai Hing. Semua aktiviti berkenaan diadakan pada hujung minggu bertempat di Concourse.

Selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, terdapat 10 gerai di dalam Bazar Marrakech yang menawarkan beraneka koleksi raya dan semua trend terkini pilihan pengunjung seperti Baju Melayu oleh Emmer Zecna dan Orlando, pakaian tradisional wanita oleh SRB dan Butik Breeze, kudap-kudapan serta snek oleh Mayuri Ipoh Murukku, biskut Raya oleh Alaena Mirza, pakaian tradisional kanak-kanak oleh Lil Treads dan banyak lagi.

 

Setapak Central sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah masyarakat yang mesra keluarga serta memberi nilai tambah dalam membeli-belah. Selain daripada pasaraya Econsave, Parkson dan MBO Cinemas, ia turut menawarkan pelbagai pilihan membeli-belah serta riadah lain yang sesuai dengan selera para pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

 

Untuk maklumat lanjut, layari:

http://setapakcentral.com.my 

Facebook Setapak Central: http://www.facebook.com/SetapakCentralMall atau hubungi Setapak Central di 03 4143 5576.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like