Rawatan kecantikan wajah sememangnya salah satu favourite step saya untuk menjaga kecantikan kulit saya. Pembersihan muka, pengelupasan, dan menyuburkan kulit, serta penghidratan kulit dengan baikndapat membantu kulit kita kelihatan lebih muda.

Jadi, kalau saya sibuk dengan kerja sekalipun, saya akan curi masa untuk membuat rawatan wajah at least sekali sebulan. My favourite place for facial treatment sudah semestinya di Skin Valet. Terdapat 6 cawangan Skin Valet seluruh Malaysia. Ia adalah di Ampang, Rawang, Langkawi, Bangi, Ipoh, dan Johor Bahru. Aida telah dapatkan rawatan di Skin Valet Ampang.

Skin Valet Ampang

Skin Valet merupakan peneraju spa kesihatan yang menawarkan rawatan berdasarkan kulit individu kerana terdapat rejimen penjagaan kulit yang ideal yang membantu kulit mencapai keseimbangan optimum. Pemilik bersama Skin Valet iaitu Puan Narqes Mohd Raimi sendiri mempunyai Ijazah dalam bidang Farmasi dan setakat ini menguruskan 3 cawangan Skin Valet iaitu di Ampang, Rawang dan juga Langkawi.

Lokasi Skin Valet yang terletak di Ampang (landmark Galaxy Ampang) amat sesuai untuk warga kota mendapatkan perkhidmatan spa kesihatan dan paling penting ia mempunyai ruang parkir yang luas dan mudah untuk diakses. Anda juga boleh berehat di ruang rehat atau solat di surau yang disediakan di Skin Valet Ampang serta mempunayi ruang untuk kanak-kanak bermain (kids friendly). Yang paling penting dan utama, rawatan di Skin Valet menggunakan mesin-mesin berteknologi tinggi untuk memberikan rawatan terbaik khusus buat pelanggan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Skin Valet menawarkan rawatan khusus dan peribadi kepada semua pelanggan kerana mereka percaya bahawa setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, maka rawatan serta produk yang digunakan juga tidak sama.

Terdapat banyak rawatan wajah di sini yang sesuai untuk condition kulit kita seperti yang saya share di bawah. Medispa ini menyediakan terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah seperti:

  • Jerawat
  • Pigmentasi
  •  Jeragat
  • Parut
  • Kulit Kering
  • Mencerahkan kulit

Dan juga menyediakan pakej rawatan kecantikan seperti Cleopatra treatment, Oxycryo, Magic Peel, Whitening Peel, Carbon Peel, Flawless Skin Therapy, Super Jegarat Therapy, Ultimate Diamond Silk Therapy dan banyak lagi.

Analisa kulit

Selepas analisa kulit bersama Dr Syaz, didapati kulit saya mempunyai masalah pigmentasi dan juga blackhead dan whitehead yang agak ketara. Tapi agak mengejutkan juga sebab sebelum ini saya sangka kulit saya kering, tetapi selepas dianalisa, rupanya tiada masalah kulit kering! jadi analisa kulit ini step yang amat penting untuk mendapatkan rawatan yang sesuai untuk kita, tak perlu membazir membuat rawatan wajah yang tak sesuai dengan kulit tau.

Disebabkan kulit saya mempunyai masalah liang pori tersumbat yang agak serius, jadi pakar kecantikan menasihatkan saya mendapatkan rawatan SV Aqua Peel dan SV Fruit Peel.

Review Rawatan SV Aqua Peel Dan SV Fruit Peel

Disebabkan kulit saya mempunyai masalah liang pori tersumbat yang agak serius, jadi pakar kecantikan menasihatkan saya mendapatkan rawatan SV Aqua Peel dan SV Fruit Peel. Basically, kedua-dua rawatan ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan, mengecutkan jerawatan dan memberikan efek glowing dan pemutihan pada kulit.

  • Membersihkan – Dengan menggunakan sedutan vakum yang lembut sepanjang rawatan, sel kulit mati akan dikeluarkan dan kulit dibersihkan.
  • Peel – Lapisan cecair yang lembut digunakan, mengeluarkan kotoran dari kulit dan liar pori yang kecil.
  • Ekstrak – Kotoran dari liang tersumbat dikeluarkan tanpa memerlukan pengekstrakan manual.
  • Hidrasi – Bergantung pada jenis dan keadaan kulit, serum dan masker yang berlainan boleh dicampur dan disapukan pada wajah.

1. Mula-mula wajah dibersihkan dengan pencuci muka dan skrub.

2. Kemudian wajah akan diwapkan sekitar 15 hingga 20 minit untuk membuka liang pori dan memudahkan bintik hitam, putih, dan dikeluarkan.

3. Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan menggunakan vakum. Kita boleh lihat kotoran di dalam botol cecair khas.

Kemudian untuk proses fruit peeling, wajah disapukan dengan cecair fruit acid (peeling) yang lembut sekitar 10 minit untuk mengeluarkan kotoran, mengecutkan jerawat dan memberikan efek glowing pada kulit. Rasa agak ‘gatal’ sedikit pada muka, tetapi ianya tidak menyakitkan langsung. Jadi anda jangan khuatir ya, kerana rawatan di sini dilakukan oleh beautician yang berpengalaman tau.

Kemudian saya dipakaikan RF dan LED therapy ( topeng khas ) untuk infuse oxygen pada kulit saya. Proses ini juga menggunakan 100% oxygen infusion ke dalam kulit muka (tanpa suntikan) di campur dengan whitening serum. Memang hasilnya dapat dirasai sejurus selepas rawatan, kulit memang betul-betul licin, dan kita boleh nampak perbezaan sebaik sahaja selesai terapi ni.

Keseluruhan proses rawatan ini mengambil masa kira-kira kurang dari 45 minit untuk satu sesi rawatan. Amat sesuai untuk mereka yang inginkan facial treatment on-the-go dan paling penting, efektif!

Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan rawatan wajah di Skin Valet, paling penting ianya mampu milik, berkesan dan dapat dilakukan dalam tempoh masa yang pendek untuk mendapatkan kesan yang optimum. Sesuai untuk ibu yang sibuk macam saya.

Kempen #lawagembira Skin Valet

Mesti semua tertanya-tanya mengenai kempen #lawagembira yang dilancarkan oleh Skin Valet ini kan? Okay kalau kita lihat trend sekarang, rata-rata ramai yang ingin cantik, putih gebu dan sanggup menggunakan produk yang membahayakan kulit mereka. Selain itu juga, pengiklanan yang kurang bermoral juga seringkali digunakan oleh penjual produk. Ramai pengusaha produk dan di dalam industri kecantikan sanggup merendahkan martabat wanita dengan iklan “suami lari jika tak cantik, kalau gemuk anda hodoh, muka hodoh suami ceraikan” supaya pengguna akan rasa kesan psikologi negatif dan membeli produk mereka.

Jadi, bersempena dengan Tahun Memperkasa Wanita 2018 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Bajet 2018 tempoh hari, Skin Valet mengambil peluang ini untuk melancarkan kempen digital #LawaGembira untuk meraikan para wanita dan yang paling penting, untuk mendidik masyarakat supaya menghentikan segala aktiviti pemasaran yang merendahkan wanita.

Nak menjual atau memberikan servis kecantikan itu boleh, tapi gunakanlah saluran pengiklanan yang wajar dan menaikkan martabat wanita.

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai semua rawatan yang terdapat di Skin Valet Ampang, anda boleh layari:

Facebook: Skin Valet Ampang
Instagram: @skinvalet_ampang
Official Website: http://www.skinvalet.com.my/
Lokasi:1-6, Dagang Cahaya, Jalan Dagang, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
Telefon: 013-263 5007
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like