Natasha Beauty adalah jenama kecantikan yang tidak asing dan tidak perlu diperkenalkan lagi di Asia Tenggara. Jenama Natasha begitu kukuh dan kini melebarkan sayap ke Malaysia apabila membuka spa kecantikan Natasha Beauty & Wellness di Bangsar, Kuala Lumpur.

Melantik selebriti Sharifah Sakinah sebagai duta, Natasha Beauty ingin wanita dan lelaki di luar sana agar menggunakan produk kecantikan wajah yang selamat dan memberi efek positif pada wajah.

Natasha Beauty & Wellness Tawarkan Rawatan Wajah Dan Spa On-The-Go

Terdapat pelbagai pakej spa seperti urutan badan, facial massage yang menggunakan teknologi terkini dan produk Natasha Beauty.

Kali ini, team Dewi telah dijemput untuk memanjakan wajah dengan rawatan wajah Botanical Jet Peel di spa mereka.

Rawatan Jetpeel ini adalah adalah prosedur rawatan kulit yang natural, tidak menyakitkan, yang mampu merawat dan memberi impak kepada tekstur kulit agar nampak lebih anjal dan berseri.

Sebelum rawatan diteruskan, terlebih dahulu kita akan dibawa ke bilik doktor untuk menerima konsultasi wajah dan analisis kulit terlebih dahulu. Doktor akan mengenalpasti masalah kulit dan menyarankan beberapa produk dan rawatan wajah yang sesuai untuk kulit wajah kita.

Konsultasi kulit di Natasha Beauty
Konsultasi kulit di Natasha Beauty

Kemudian rawatan kecantikan akan diberikan di bilik rawatan yang terletak di tingkat atas. Paling menarik, bilik rawatan dilengkapi katil yang kemas, rak pakaian,cermin dan juga singki untuk membersihkan wajah dan meletakkan pakaian.

Bilik rawatan wajah di Natasha Beauty & Wellness Bangsar

Pada mulanya saya agak takut jika rawatan ini menyakitkan, tetapi apabila diberikan ‘treatment peeljet’ ini saya agak terkejut kerana rawatan ini bukan sahaja tidak menyakitkan, tetapi amat menyegarkan wajah.

Rawatan kulit jetpeel ini menggunakan microdermabrasion gred medikal dengan pilihan 2 jenis serum botanikal anti-penuaan ( Brightening dan Anti Aging ) dan teknologi penyembur oksigen bertekanan tinggi dengan kadar aliran 200m / sec.

Semburan jet ini mampu membersihkan liang pori dan membersihkan wajah dari sel kulit mati dan juga melembapkan kulit. Yang paling menarik, rawatan ini hanya mengambil masa 20-30minit sesuai untuk mereka yang inginkan rawatan on-the-go, cepat, mudah dan pantas!

Selepas rawatan

Apa yang akan dapat dirasai selepas rawatan wajah? Serta merta kulit kita akan rasa lebih segar dan anjal. Saya paling suka efek sejuk pada kulit kita dan tak sabar untuk meneruskan rawatan seterusnya. Rawatan ini bermula dengan harga RM200 hingga RM300 sahaja.

Selain itu juga, anda boleh membeli produk Natasha Beauty yang  dijual pada harga bermula RM20 hingga RM160 sahaja, sangat mampu milik.

Untuk membuat temu janji dan pertanyaan, anda boleh hubungi NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di +603 2201 9922/03 2201 9944.

Lawati pusat kecantikan NATASHA BEAUTY & WELLNESS di No.96 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur (dibuka dari 10:00 pagi – 8.00 malam setiap hari)

Ikuti NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA :

Akaun Instagram www.instagram.com/natashaskin_MY (@natashaskin_MY) dan
akaun Facebook www.facebook.com/natashaskin.my

9 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like