Rihanna, selebriti Hollywood yang terkenal dengan attitude ‘tak peduli apa orang kata’nya baru-baru ini telah berpeluang bertemu dengan Presiden negara Perancis dan isteri untuk berbincang tentang isu pendidikan di negara membangun, khususnya pendidikan untuk wanita. Mengagumkan, kan?

Tahu tak apa yang terjadi dalam pertemuan itu? Rileks, tak ada perkara yang tular sangat, cuma Rihanna berpakaian sangat sopan di dalam pertemuan rasmi itu. Ye, Rihanna, berpakaian sopan! Double mengagumkan, kan?

Pakaian Rihanna yang serba sopan. Gambar: Hollywoodreporter.

 

Ini Rihanna yang ‘normal’, ketika menghadiri premiere filem terbaru lakonannya, Valerian and the City of a Thousand Planets. Gambar: racked.com

Dalam pertemuan itu, Rihanna mengenakan baju extra panjang kelabu, seluar baggy dan jaket besar serta beg tangan Dior Addict. Rihanna sendiri banyak terlibat dengan dunia fesyen di Paris dan sering menghadiri pertunjukan fesyen di sana. Dalam pertemuan itu, isteri Presiden Perancis, Briggite Macron pun turut berpakaian sederhana; cuma jeans dan jaket biru.

Presiden Macron telah menjemput Rihanna ke Istana Elysee setelah Rihanna tweet beliau meminta komitmen presiden itu untuk menyokong pendidikan di dunia membangun. Tweet itu disambut baik dan Rihanna berpeluang berbincang dengan Presiden Macron tentang impiannya menjadikan pendidikan mudah diperolehi oleh semua.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like