Penulis pilihan kami, Hanim Hashim berkongsi tips dan review macamana nak rumah kemas tanpa perlu bersusah-payah dengan hanya dari RM20 sejam

Kerja lima hari seminggu, jadi masa bila saya boleh kemas rumah? Kalau hari bekerja takkan dapat kemas sepenuhnya, jadi kena la tunggu hari Sabtu. Hari Ahad dah tentu kena pergi meniaga, so sebelum tinggalkan rumah haruslah sebersih-bersihnya dan sewangi-wanginya supaya bila bukak pintu … auummm wangi je rumah.

Rutin ibu berkerjaya macam saya ni kena selalu ‘curi’ masa untuk pastikan kerja rumah setel setiap hari. Mujurlah cik abe pun selalu menolong buat kerja-kerja rumah, kalau tak jiwa ni rasa tak tenang je tinggalkan rumah dalam keadaan ‘kapal pecah’. Tapi, kadang-kadang saya ‘tersungkur’ juga kepenatan dan masa itulah saya perlukan pertolongan pakar.

m1

Dulu saya sangka, orang yang ada pembantu rumah ni orang kaya je. Tapi skeptikal saya tu dah tak boleh diterima di zaman ini. Sekarang, rakyat marhaein macam kita pun boleh pakai maid la! 😊

Korang ingat shopping je boleh secara online? Sekarang ni nak booking cleaner pun dah online ye! 😉 Disebabkan saya tak pernah ada cleaner, maka bila jumpa laman web Maideasy ni, teringin la nak mencubanya. Ok ke?

m1

Senang betul nak booking Maideasy ni, cumanya korang kena booking awal supaya diaorang boleh aturkan orang untuk datang ke rumah korang nanti. Saya booking 5 hari sebelum tarikh dan saya pilih hari Sabtu sebab time tu je saya ada kat rumah huhu.

Maideasy menyediakan 4 jenis servis :

Basic Home Cleaning
Move-in/out Cleaning
Carpet Cleaning
Interior Painting

Saya pilih pakej ‘Basic Home Cleaning’ untuk apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air. Lepas tu kita boleh tentukan masa bila kru diaorang boleh datang ke rumah, pagi atau petang.

1 (orang) kru Maideasy = 4 jam

2 (orang) kru Maideasy = 2 jam

Peralatan mengemas sila sediakan sendiri ye, sebab Maideasy hanya hantar kru-kru mereka sahaja 😊 Sehari sebelum kru tu datang, Maideasy dah siap-siap hantar SMS nama cleaner yang akan datang dan pukul berapa dia sampai.

m4

Selain pakej yang ni, saya pilih ‘Special Request’ untuk bersihkan kabinet dapur dan gosok baju. Memang saya perlukan pertolongan sangat untuk dua task tu.

m6

Dan hari yang dinantikan pun tiba. Lebih kurang jam 2.30pm kru yang berkenaan pun sampai ke rumah saya. Sampai sampai je terus dia tanya, “nak kemas yang mana dulu ye kak?”, dan terus saya tunjuk …. DAPUR.

m2

Saya suruh dia buatkan ‘special request’ dulu, sebab dalam rumah tu bahagian dapur paling ‘bermasalah’ terutamanya dalam kabinet tu. Mujurlah cleaner Syazwani ni cekap dan berani orangnya, tak gentar dengan makhluk berkaki enam yang dah lama bermastautin di dalam kabinet tu.

Habis semua periuk belanga dikeluarkan dan tempat tu dibersihkan. Siap dia bagi tips lagi untuk elakkan lipas kembali. Tenang je dia bila lipas ‘melintas’ di dapan mata. Kalau saya … hurmmm esok pagi baru masuk dapur la jawabnya.

m13

m14

Dah setel dapur, time untuk lipat baju pulak. Kerja melipat ni memang kena ambil mood dan dah lama mood saya tak sampai-sampai. Mujur cleaner ni tak pengsan tengok ‘banjaran titiwangsa’ atas katil tu.

Baju siap dilipat!
Baju siap dilipat!
Baju siap digosok!
Baju siap digosok!

m16

Dapurku yang carca merba sebelumnya dah bertukar jadi dapurku syurga aku kekdahnya haha. Sejuk mata memandang dapur yang tersusun macam ni. Pintu kabinet di bawah tu pun dah boleh bukak tutup lepas ni, takda la seriau sangat kan 😁

Overall, saya suka dengan servis dari Maideasy ni. Dapat cleaner pun yang tenang je dan peramah tak lokek nak berkongsi tips tentang kebersihan rumah. So, kalau korang perlukan bantuan kemas rumah ke, cat rumah ke, pindah rumah atau cuci karpet, korang try la Maideasy ni ok?

Web: www.maideasy.my

Facebook : Maideasy

Instagram : Maideasy

Untuk lebih banyak tips dan review berinformasi, layari blog Hanim Hashim di www.hanimhashim.com

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like