Dah namanya trend, sudah tentu ia datang dan pergi. Begitu juga dengan trend dalam dekorasi dalaman rumah. Tahun-tahun sudah kita telah lihat gaya English style mewarnai dunia hiasan dalaman, tahun 2020 yang bakal tiba, trend perabot rotan pula dijangka akan popular.

Penggunaan perabot rotan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah popular suatu ketika dahulu sekitar tahun 1970an. Tapi menurut laman belian kraf dan seni, etsy.com, akhir-akhir semakin ramai pembeli mencari dan memburu perabot yang diperbuat dari rotan, tetapi dengan rekabentuk yang lebih moden.

Adakah anda antara yang terawal akan menjadikan rotan sebagai tema dekorasi rumah anda tahun ini? Nak nak lagi raya tahun ni awal, sekitar bulan Mei? Bagi yang ada perabot rotan di kampung tu, bolehlah bawak-bawak reserve nak guna tahun depan hihi

Apa-apa pun, jom kita tengok inspirasi perabot dan hiasan dalam berasaskan rotan.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like