Masa i dapat invite ke Visit Sarawak 2019 launch baru-baru ni, I was so excited because i really really miss Sarawak! Dalam post kalini i nak share sikit mengenai kempen ‘Sarawak, More To Discover’ yang dilancarkan oleh Sarawak Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth & Sport Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di ibukota.

‘Sarawak, More To Discover’

Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019 bakal menonjolkan aspek menarik yang ada di Sarawak  seperti menerokai budaya, alam semulajadi dan lawati tempat-tempat menarik yang ada di sana. Selain itu juga Sarawak yang terkenal dengan pesta kebudayaan dan juga makanan untuk yang perlu dicuba oleh pelancong luar dan juga tempatan.

Antara makanan istimewa dari Sarawak yang saya dah cuba iaitu Laksa Sarawak, Ayam dalam Buluh dan juga Umai iaitu kerabu seafood Sarawak.

Logo Tahun Melawat Sarawak 2019

Kalau nak tahu, logo tahun melawat Sarawak mempunyai 7 warna berbeza dan juga mempunyai warna merah dan kuning yang mewakili warna bendera negeri Sarawak manakala warna oren pula mewakili kekuatan spiritual dan tenaga negeri ini.

S – ‘S’ berwarna merah, yang mewakili Bendera Sarawak, dan motifnya adalah sebahagian daripada reka bentuk tradisional untuk rakyat Dayak dan Orang Ulu Sarawak.

A – ‘A’ berwarna oren, yang mewakili tenaga yang bertenaga dan semangat kuat dari pelbagai kaum di Sarawak.

R – ‘R’ datang dalam warna kuning ambar, yang juga merupakan warna bendera Sarawak, dan mewakili ketuanan undang-undang dan ketenteraman, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian.

A – ‘A’ dalam warna hijau dan juga menggunakan elemen kepala burung Enggang, dan menandakan ‘Bumi Kenyalang’ atau Land of the Hornbills.

W – Warna ‘W’ dalam warna biru mencerminkan ketenangan laut sepanjang pantai yang luas di Sarawak.

A – Warna biru ‘A’ adalah sama seperti di atas, mewakili lautan.

K – ‘K’ juga dalam tona hijau yang lebih gelap mewakili hutan hujan tropika yang rimbun di seluruh Sarawak.

Tempat Menarik di Sarawak

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Sarawak seperti di bawah.

Kuching Waterfront

Ini adalah lokasi popular di Sarawak dan jika anda datang ke Kuching, jangan lupa singah dan menaiki bot penumpang untuk ke seberang ya.

Kampung Budaya

Ia ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan  merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong.

Terdapat juga Gunung Santubong, Taman Negara Bako, Gua Niah, Pasar Sarikin, Taman Buaya Jong, Taman Negara Gunung Gading, Komplek Kubah Ria dan juga Astana Negeri Sarawak. Ini adalah sebahagian daripada lokasi tempat menarik yang boleh anda lawati apabila berada di sini.

Ini pula gambar sewaktu saya melawat Sarawak dan keluarga angkat saya di Miri iaitu Luak Bay Esplanade di Miri, Sarawak.

Okay ini je perkongsian saya, mana tahu nanti korang pulak melawat Sarawak kan? Layari

 “Sarawak, More To Discover”  okay for more info! 🙂 #visitsarawak #sarawakmoretodiscover 
1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like