Jika anda seorang kaki shopping online tegar, sudahkah anda mendaftar sebagai pengguna ShopBack? ShopBack adalah sebuah platform yang memperkasakan pengguna di mana pembelian atas talian melalui layaran di ShopBack layak menerima Cashback atau dalam bahasa mudah, refund sehingga 30% dari harga asal pembelian. Menarik kan? Shopping, selepas itu anda menerima semula beberapa peratus duit yang telah anda belanjakan.

ShopBack kini telah melayarkan sayap mereka ke seluruh Asia Tenggara, dan menyenaraikan beberapa jenama besar sebagai rakan kongsi seperti Uber, Lazada, Booking.com, Zalora, dan Malaysia Airlines.

Hujung tahun ini, ShopBack mensasarkan bakal mempunyai pengguna sehingga sejuta orang. Menurut Alvin Gill, Pengurus Besar ShopBack Malaysia memberitahu, berbanding tahun lepas, jumlah pengguna ShopBack tahun ini meningkat sehingga 260%, dan yakin sasaran sejuta pengguna mereka boleh dicapai kerana semakin bertambahnya permintaan dan perkhidmatan dari perniagaan online baharu, ditambah dengan sokongan dari kerajaan terhadap perkhidmatan alaf baru seperti meluluskan perkhidmatan Uber.

Menurut ShopBack, pengguna Malaysia berbelanja lebih terutama ketika musim perayaan seperti Tahun Baru dan Ramadhan. Mereka juga mendapati, pengguna Malaysia lebih memilih dan sedar tentang perbandingan harga, mungkin kerana mereka terkesan dengan kenaikan harga petrol menjadikan mereka lebih bersikap kalkulatif.

Terkini, ShopBack juga telah bekerjasama dengan HungryGoWhere, jenama pakaian Love, Bonito dan Uniqlo. Ini pasti menjadi khabar gembira buat mereka yang suka membeli-belah secara atas talian. Bagi anda yang masih belum mendaftar, layari ShopBack.my, atau muat turun aplikasi ShopBack yang tersedia untuk iOS dan Android.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like