Jenama kecantikan popular dunia SEPHORA hari ini telah memperkenalkan applikasi iPhone dan Android percuma, Sephora Beauty Shopping, untuk memudahkan pelanggan setia membeli belah dengan mudah.

Aplikasi ini memberikan pelanggan Sephora peluang untuk mencari produk yang mereka mahu hanya di hujung jari sahaja. Selain itu juga,  pengguna akan dapat menonton video tutorial dari pakar kecantikan dan berkongsi produk ‘favourite’ mereka dengan orang yang tersayang. Bagi yang memiliki kad Beauty Pass, applikasi ini membolehkan akses segera pembelian produk kecantikan yang ada di Sephora disamping boleh mengesan status keahlian mereka, mengumpul mata dan menebus ganjaran.

Tidak perlu bawa kad Beauty Pass lagi!

Bagi yang sudah memuatturun aplikasi  Sephora – Beauty Shopping dan juga pemegang kad Beauty Pass, anda akan diberikan barkod khas dan tidak perlu lagi membawa kad Beauty Pass ke butik kecantikan Sephora. Mudah kan?

 

Selain itu juga, pembeli juga akan ditawarkan  ganjaran aplikasi eksklusif termasuklah ‘flash preview’,akses awal kepada pelancaran produk dan promosi kejutan.

‘Highlight’ aplikasi Sephora – Beauty Shopping

  • Applikasi ini percuma untuk pengguna iPhone atau Android.
  • Mudah membeli belah dimana sahaja anda berada.
  • Access Beauty Pass untuk memeriksa dan menebus mata ganjaran di mana sahaja, dari mana-mana sahaja di Malaysia.
  • Ganjaran aplikasi eksklusif termasuklah ‘flash preview’,akses awal kepada pelancaran produk dan promosi kejutan.
  • Lihat pembelian lalu dengan mudah.
  • Menonton tutorial kecantikan dari pakar kecantikan, dengan tips dan trik kecantikan dengan mudah.
  • artis.
  • Kongsi senarai produk kecantikan ‘favourite’ anda dengan kawan-kawan melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like