Di zaman media sosial ini, semua berlumba-lumba hendak jadi seseorang di akaun peribadi masing-masing. Influencers tumbuh bagaikan cendawan, dan mengambil kesempatan atas prinsip ‘persepsi umum adalah segala-galanya’ inilah, sebuah syarikat Jepun, Family Romance, melancarkan sebuah servis yang dipanggil Real Appeal, dimana pelanggan boleh menyewa rakan palsu untuk digunakan dalam gambar sosial media mereka.
Dengan kata mudah, kalau tak nak nampak forever alone dalam gambar Instagram, sewalah rakan fake di Real Appeal ni.
Anda boleh melanggan ‘rakan’ dengan harga dari 4,000 yen (RM154), dan anda juga boleh memilih jantina, rupa dan umur rakan anda untuk disesuaikan dengan gambar Instagram yang mahu diambil.
Contohnya, kalau nak nampak macam hidup anda happening, bolehlah sewa sekumpulan rakan dengan wajah menarik dan ambil gambar berlatarbelakangkan parti. Anda juga boleh menyewa teman wanita atau lelaki dan mereka akan berpura-pura menjadi kekasih anda dalam sekeping gambar.
Hmm.
Budaya Jepun sangat mementingkan kareer dalam kehidupan. Hidup mereka kebanyakannya kerja, kerja dan kerja membuatkan mereka tiada masa untuk bersosial, maka ramailah yang hidup menyendiri dan timbullah masalah dan penyelesaian sementara seperti ini. Bila difikirkan, siapa sebenarnya yang bakal berpuashati dengan servis ini selain dari pemilik syarikat ini?

 

Bagaimana? Adakah anda sanggup lakukan semua ini semata-mata untuk nampak best di media sosial? Bincangkan di ruangan komen di bawah.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like