Kemenangan Sukan SEA KL 2017 yang kini dirai oleh rakyat Malaysia akan bertambah gembira apabila McDonald’s membawa kembali burger Syok yang sedap dan disukai ramai, sempena KL 2017.

Burger ini boleh didapat mulai 24 Ogos 2017 untuk 4 minggu, dan ialah produk tawaran masa terhad McDonald’s yang kedua di bawah kempen ‘Discover the World’ yang bertujuan untuk membawa pelbagai pandangan, bunyi dan cita rasa dari seluruh dunia ke restoran McDonald’s berdekatan anda.

Makanan pedas dan rangup kegemaran anda? Memang berselera dengan Burger Syok baharu! Paha ayam rangup, sos Syok pedas dan kesegaran sayuran segar, ia diilhamkan oleh cita rasa tempatan.

Burger Syok McDonald’s boleh didapat pada harga RM12.99 untuk ala carte dan RM15.99 untuk set hidangan biasa, iaitu burger, kentang goreng serta minuman 100PLUS.

Tambahan lagi, untuk masa yang terhad, McDonald’s juga akan menawarkan set sarapan pagi Syok dengan MILO ais, dan pencuci mulut Syok yang terdiri daripada McFlurry Durian D24 (RM7.99) dengan durian D24 sejati, Pai Pulut Hitam (RM3.95) dan Kon Gemilang. Nikmatilah cita rasa Malaysia hanya di McDonald’s, restoran rasmi Sukan SEA KL 2017.

Maklumat lanjut tentang kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia, layari
http://www.mcdonalds.com.my/.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like