Baru-baru ini pelawak dan pelakon terkenal tanahair, Jihan Muse telah memenangi anugerah Persembahan Komedi Terbaik melalui lakonannya sebagai Kesuma dalam siri Viu, Keluarga Baha Don di majlis Asian Academy Creative Awards Gala yang diadakan di Singapura, 6 Disember lalu.

Oktober lepas, Jihan juga telah memenangi anugerah Persembahan Komedi Terbaik kategori Malaysia di Asian Academy Creative Awards yang diadakan di Cannes, France. Kemenangan ini melayakkan Jihan menandingi bakat-bakat lain dalam finale anugerah yang sama di Singapura. Siri Keluarga Baha Don juga memenangi Program Komedi Terbaik dalam kategori Malaysia dan kategori akhir.

Bagi yang belum tonton lakonan Jihan Muse, boleh layari Viu.com dan ikuti kisah Keluarga Baha Don.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like