Pernah tak anda terfikir aplikasi yang memudahkan kehidupan anda terutamanya apabila terpaksa beratur panjang untuk menikmati hidangan favourite anda 10 tahun dahulu? Pasti tidak terjangkau dek akal,bukan?

Queq Apps Malaysia

Sekarang, kita sudah ada aplikasi telefon pintar seperti itu! Aplikasi beratur Thai, QueQ memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia untuk membantu Rakyat Malaysia dan menjimatkan masa untuk membuat aktiviti lain selain dari menunggu berjam-jam

QueQ tiba di Malaysia, menawarkan pengalaman beratur secara digital dan ianya ntuk membantu rakyat Malaysia untuk menghabiskan masa dengan bijak dengan mengelakkan menunggu secara fizikal dalam barisan yang panjang.

Mudah digunakan!

Sekarang anda boleh beratur dengan hanya 1 klik di hujung jari di rangkaian kedai popular seperti Rangkaian Korea Selatan K Fry, Kurin, Restoran Yut Kee, Ho Kow Hainanese Kopitiam, Plaza Bar-B-Q, Pastries dan Kopi Dotty dan Klinik Mediviron Seksyen 22 Shah Alam.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Anda boleh menggunakan aplikasi ini di restoran pilihan anda apabila berada di dalam radius berdekatan dengan restoran/kedai. Setiap outlet mempunyai pilihan akses jarak dari hampir 100 meter sehingga puluhan kilometer di hadapan. Oleh itu, untuk cawangan-cawangan terpilih, pengguna mungkin mula dapat menggunakan aplikasi ini apabila hendak bertolak ataupun apabila sampai ke pusat beli-belah ataupun berdekatan dengan restoran atau kedai.

Aplikasi QueQ boleh dimuatturun di Google PlayStore atau AppStore. Untuk maklumat lanjut mengenai QueQ Malaysia, layari www.queq.me atau laman Facebook: www.facebook.com/pg/QueQ-Malaysia-No-More-Queue-Line-297014817369507/posts/

3 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like