1. Bertindak pantas, keluarkan segera telefon dari dalam air

Lebih lama telefon terendam dalam air, lebih banyak kerosakan akan berlaku. Kalau telefon terjatuh dalam air, cepat-cepat keluarkan. Tapi kalau dah lama sangat terendam dalam air tu, bawak-bawaklah beli telefon baru.

2. Tutup telefon segera, walaupun nampak macam telefon masih boleh berfungsi

Kalau dibiarkan lebih lama, ia kana menyebabkan litar pintas dalam telefon. Jangan sekali-kali cuba hidupkan telefon untuk tengok kalau telefon anda dah rosak atau tak!

3. Cabut bateri dan letakkannya atas tuala kertas.

Dah cabut bateri, cepat-cepat letakkan bateri atas tuala kertas atau tuala lembut. Langkah ini sangat penting untuk menyelamatkan telefon kamu.

Sesetengah telefon ada penanda aras samada telefon kamu telah dirosakkan oleh air atau tidak, dan penanda ini ada pada bahagian belakang telefon. Ada juga telefon yang meletakkan penanda aras ini di bahagian tepi telefon atau berdekatan lubang pengecas atau lubang earphone. 

Kalau penanda ini masih berwarna putih, telefon kamu masih selamat. Tapi kalau merah jambu atau merah, ianya dah rosak disebabkan air. 

4. Keluarkan kad SIM

Selepas kamu mengeluarkan kad SIM, lap dengan tuala dan biarkan kering. 

5. Keluarkan apa-apa aksesori pada telefon kamu

Kalau telefon terjatuh dalam air, keluarkan semua aksesori lain seperti kad memori dan sebagainya. 

5. Keringkan telefon

Kamu boleh cuba mengeringkan telefon dengan meletakkannya dalam semangku besar beras selama 48-72 jam. Timbuskan telefon dan bateri telefon kamu dalam beras. Beras membantu dalam mengeluarkan cecair atau kelembapan dalam telefon kamu.

Setiap jam, tukar kedudukan telefon. Ini untuk memastikan telefon benar-benar kering. 

Kamu juga boleh cuba gunakan paket gel silica, seperti yang biasa didapati dalam kotak kasut. Letakkannya bersama-sama telefon dan bateri telefon kamu. Tak perlu buka paket silica gel tersebut, biarkan saja ianya dalam paket.

6. Kipaskan telefon kamu di ruang terbuka.

Letakkan telefon atas tuala kering dan posisikan di hadapann kipas. Biarkan kipas kena pada bahagian permukaan telefon yang kamu syak basah atau lembap.

7. Tunggu sekurang-kurangnya 72 jam sebelum kamu hidupkan semula telefon. 

Selepas 72 jam, periksa terlebih dahulu jika telefon kamu telah benar-benar kering. Lap lagi sekali dengan tuala kering, kemudian masukkan semula bateri. 

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like