Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis pilihan kami, Alayna. Dia tulis bila dia suka je, dan pendapat dia selalunya berat sebelah

Bila seseorang dalam alam percintaan, memang biasa soalan di bawah ini akan terkeluar dari mulut mereka.

Macamana nak tahu kalau seseorang itu ‘the one’?

The one biasanya bermaksud  pilihan yang tepat dan tidak akan mengecewakan, yang boleh membahagiakan, yang akan berada di samping kamu setiap masa dan ketika, yang menyayangi kamu tanpa ada prejudis mahupun prasangka. Ada juga yang mendefinisikan ‘the one’ ini sebagai orang yang akan kamu kahwini akhirnya, atau orang yang akan menjadi pasangan hidup kamu buat selama-lamanya. Tetapi saya rasa, definisi ni macam kurang tepat. Contohnya, kamu berkahwin dengan seseorang tapi rupanya dia seorang kaki pukul (contoh). Sudah tentulah konsep ‘the one’ itu tidak boleh terpakai dalam situasi ini kan? Ataupun ada juga rumahtangga yang dibina runtuh di pertengahan jalan. Sudah tentu mantan suami atau isteri tadi tidak dapat lagi dipanggil the one, kan?

Menurut Islam, ada sekurang-kurangnya 4 kriteria yang harus ada pada ‘the one’ yang bakal kamu kahwini:

  1. Yang baik agama dan akhlaknya
  2. Sedap mata memandang
  3. Berketurunan yang baik-baik
  4. Sekufu

(Sumber: http://www.infoyunik.com/2016/01/ketahui-4-kriteria-memilih-jodoh.html)

Muka sama tak semestinya dia 'the one'
Muka sama tak semestinya dia ‘the one’

Jika pasangan kamu memenuhi kriteria dari sudut Islam, mahupun definisi ‘the one’ secara umum, tahniah saya ucapkan. Semoga kebahagiaan kamu berkekalan sehingga ke jannah, amin.

Tetapi pendapat peribadi saya, sebenarnya kita takkan pernah tahu kalau seseorang itu the one atau tak, tak kiralah jika dia memenuhi semua ciri-ciri di atas atau pun tidak. Sebabnya:

  1. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Sedangkan kita nak makan apa esok pun tak tahu, apatah lagi nak tentukan jika seseorang itu benar-benar the one dalam hidup kita
  2. Masa depan di tangan Allah SWT semata-mata. Kita takkan tahu significant kehadiran seseorang dalam hidup kita, walau setinggi mana pun ilmu psikologi yang kita ada. Semua itu cuma rahsia Tuhan, yang perlu kita lakukan adalah berdoa dan percaya yang perancangan Allah itu tetap yang terbaik.
  3. Yang berkekalan cuma milik Tuhan. Tiada satu apa pun yang kekal dalam dunia ini. Jadi sebenarnya…..definisi the one cuma boleh dimiliki oleh Tuhan.
Kalau ganteng macam ni, kira 'the one' ke 'the two'? Gelaklah please
Kalau ganteng macam ni, kira ‘the one’ ke ‘the two’? Gelaklah please

Jika kamu mesti jugak mencari jawapan kepada siapakah ‘the one’ dalam hidup kamu, saya cadangkan supaya memperluaskan lagi definisi tersebut dan tidak cuma terhad kepada pasangan hidup sahaja. Lihat di sekeliling kamu, pasti ada insan yang bukan kekasih, suami atau isteri kamu tetapi yang tetap berada di samping kamu dalam apa jua situasi, dan yang menyayangi kamu seadanya. Ada je orang yang tidak ada pertalian percintaan pun dengan kamu, tetapi masih boleh membuatkan kamu gembira dan bahagia. Mungkin dia sahabat baik kamu, teman sepejabat kamu, rakan sebackpacking kamu, atau mungkin ahli keluarga, sahabat handai, sanak saudara. Dan mungkin juga ‘the one’ jumlahnya bukan hanya seorang, tapi dua, tiga atau ramai…siapa tahu?

Lagipun hidup tanpa terikat dengan label dan expectation ni lebih membahagiakan, betul tak?

Jadi apa pendapat kamu? Sudahkah kamu menemui the one?

Gambar: mynewshub.cc dan pelbagai sumber Google

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

8 Kelebihan Menjadi Single

Anda tidak mempunyai teman wanita atau lelaki, dan kadang-kadang ada yang rasa sunyi. Tetapi tidak mestinya kerana ada…