Terperangkap dalam lif mungkin antara pengalaman menakutkan dalam hidup seseorang. Walaupun situasi terperangkap dalam lif mungkin tidak sama seperti yang biasa kamu lihat dalam filem atau drama, masih penting untuk kamu tahu apa perlu kamu lakukan jika perkara ini berlaku pada kamu.

1. Bertenang dan jangan panik!

Menggelabah dan panik tidak membantu kamu dalam situasi seperti ini. Ia hanya akan menyebabkan kamu tidak mampu berfikir dengan jelas dan menyukarkan kamu cari jalan penyelesaian. Bertenang, dan jangan takut. Apa saja perkara buruk yang berlaku apabila seseorang terperangkap dalam lif seperti yang digambarkan dalam drama TV, seperti lif terhempas atau kabel lif terputus itu hampir  jarang berlaku di alam realiti. 

2. Jika keadaan dalam lif gelap, cari sumber cahaya

Telefon kamu adalah sumber cahaya paling berguna dalam situasi ini.

3. Jangan cuba panjat siling lif

Walaupun kebanyakan lif moden tidak mempunyai ruang di bahagian siling, tetapi perlu diingatkan cuba memanjat siling lif adalah perbuatan merbahaya.

4. Jangan fikirkan perkara negatif, cuba kekal positif

Mungkin pada saat-saat ini, kamu terasa seperti ruang lif jadi sempit atau semakin menghimpit kamu. Jangan merepek, mana ada dinding lif boleh himpit orang! Tarik nafas, dan ingatkan diri sendiri yang ada kamera dalam lif jadi jangan buat sesuatu yang bodoh dan menjadi viral satu hari nanti.

5. Cuba tekan butang setiap tingkat satu persatu

Kemudian tekan butang Open. Kalau takde satu pun butang berfungsi, itu maksudnya lif memang rosak dan anda harus maklumkan pada pengawal bertugas.

6. Kalau dapat, cuba lihat dari celah pintu lif

Kalau ada cahaya keluar, itu bermaksud lif berhenti berdekatan dengan mana-mana tingkat bangunan, dan kamu boleh cuba menjerit minta pertolongan. Jangan cuba untuk buka pintu itu sendiri, kerana takut nanti tiba-tiba lif kembali pulih, nahas jadinya.

Jika kamu tak nampak cahaya dari celah pintu, itu bermaksud lif telah berhenti antara tingkat bangunan, jadi tak perlu kamu buang tenaga jerit minta pertolongan sebaliknya kamu boleh cari butang kecemasan. Tekan butang ini berkali-kali.

Kalau nampak macam takde sesiapa mendengar bunyi butang kecemasan atau jeritan kamu, jangan putus asa. Tekan lagi butang tersebut.

7. Tengok jam dan masa

Kalau kamu sudah teperangkap lebih dari setengah jam di dalam lif dan masih tiada sebarang bantuan datang, ketuk dinding lif dengan kasut. Jika masih ada orang dalam bangunan tersebut, mereka akan mendengar ketukan dinding itu. 

Tapi kalau masih tiada orang datang tolong kamu, terima kenyataan buat seketika yang mungkin semua orang dah balik. Simpan tenaga kamu, rehat dan tidur dulu kalau dapat dan tunggu hingga esok. Esok lif itu pasti akan kembali pulih seperti sediakala.

8. Minta pertolongan melalui butang kecemasan pada bahagian butang-butang lif

Adalah menjadi kesalahan undang-undang jika lif di tempat kerja atau rumah kamu tiada butang kecemasan. Jika ada butang tersebut, tekanlah ia berulang kali. Kamu juga boleh periksa jika ada interkom pada lif tersebut, yang menghubungkan kamu dengan pengawal keselamatan bertugas.

9. Periksa telefon kamu, kalau-kalau ada signal

Kalau telefon kamu ada signal, segera buat panggilan kecemasan. Bagitahu secara jelas bangunan dan lif mana yang kamu masuki. Hubungi juga ahli keluarga untuk minta mereka bantu kamu.

Perkara-perkara lain yang perlu kamu tahu:

  • Kalau dalam lif tersebut gelap dan kamu juga tiada telefon untuk dijadikan sumber cahaya, jangan panik. Gunakan tangan dan deria kamu untuk menekan butang keselamatan.
  • Secara puratanya, jangkamasa lif mengalami kerosakan adalam antara setengah hingga satu jam. Teruskan menekan butang kecemasan sehingga bantuan sampai. Kalau takde, nampaknya anda harus tunggu hingga 8-9 jam lagi. Bertenang dan jangan panik. 
  • Kamu juga tidak perlu risau kehabisan oksigen kalau terperangkap dalam lif kerana udara dalam lif tidak disekat; ada sistem pengudaraan di dalam lif. Kamu mungkin cuma akan merasa panas sahaja. 
  • Namun demikian, jika malang tidak berbau, kamu masih boleh hidup sekurang-kurangnya tiga hari lagi kalau masih tiada bantuan yang sampai. Namun begitu, kamu akan menghadapi kehausan atau dehidrasi yang teruk. 
  • Lif jatuh terhempas sangat jarang berlaku, melainkan kamu naik lif di kawasan yang sangat-sangat teruk dan tiada seliaan. Walaupun begitu, sekiranya perkara ini terjadi; lif nak jatuh; kamu dinasihatkan untuk baring telentang di lantai lif dan depakan kaki tangan seluas-luasnya.
2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like