Untuk apa-apa jenis pembinaan yang kukuh, simen adalah pilihan terbaik. Ini adalah cara-cara yang betul untuk membancuh dan menggunakan simen:

1. Pastikan anda membeli bahan dan peralatan yang betul

Kamu perlukan simen, batu kerikil, pasir, kereta sorong, sekop, baldi tahan lasak.

2. Kuantiti untuk bancuhan simen adalah seperti berikut:

1 bahagian simen + 2 bahagian pasir + 4 bahagian batu.

Masukkan kesemua bahan di atas dalam kereta sorong, gaul hingga mesra. Kemudian buat seakan-akan lubang di tengah-tengah campuran simen. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit.

Tiada kuantiti yang tepat untuk air, kerana ia bergantung kepada jenis simen yang kamu beli tapi mengikut kebiasaan, kamu harus bancuh hingga adunan simen menyamai kelicinan mentega kacang. Gaul hingga kesemuanya sebati.

3. Segera gunakan adunan simen bila adunan telah siap dibancuh

Ini untuk mengelakkan simen dari mengering jika lambat digunakan.

4. Sabar tunggu simen kering selepas disapu pada bata atau dinding

Simen boleh mengambil masa beberapa hari untuk kering sepenuhnya. Jauhkan diri dari kawasan bersimen dan letak penghadang jika perlu supaya tiada siapa boleh lalu di kawasan tersebut.

5. Soalan: Kalau nak guna di kawasan kecil atau dalam kuantiti kecil, masih perlukah masukkan batu dalam adunan simen dan pasir?

Ya, anda masih perlukan batu kerikil dalam adunan simen dan pasir walaupun ana hendak gunakannya dalam kawasan yang kecil. Tanpa batu kerikil tersebut, adunan anda tidak akan menjadi kukuh.

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like