Pisang adalah sejenis buah yang simple dan sedap. Tiada yang melecehkan tentang buah pisang KECUALI ia mudah rosak dan busuk. Tetapi sudah tentu ada cara untuk mengelakkan ia dari berlaku, ataupun memperlahankan proses pisang menjadi rosak. Jom kita tengok cara-caranya:

1. Pilih tandan pisang yang masih ada di antara buahnya yang masih berwarna sedikit kehijauan

Jangan beli tandan pisang yang ada tompok seperti keperangan. ‘Kecederaan’ atau ‘luka’ pada pisang akan menyebabkan pisang menjadi lebih cepat rosak.

Jika kamu memilih tandan pisang yang kesemuanya kuning pula, itu bermaksud kamu harus menghabiskan pisang-pisang tersebut dengan cepat, kerana pisang dah kuning cepat rosak.

2. Simpan pisang pada suhu bilik sehingga masak sepenuhnya

Jangan simpan pisang yang hampir masak di tempat yang panas, juga jangan simpan pisang di dalam peti ais. Kedua-duanya hanya akan membuatkan pisang lebih cepat rosak.

3. Gantung pisang

Menggantung pisang boleh mengelakkan berlakunya kecederaan pada pisang. Kamu juga boleh membalut bahagian hujung pisang kerana ia akan menyekat penerimaan oksigen ke dalam pisang, jadi pisang lebih lambat rosak.

4. Asingkan pisang dari buah-buahan dan sayur-sayuran lain

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengeluarkan gas ethylene yang boleh mempercepatkan proses buah menjadi ranum. Yang dah berwarna perang lagi kuat mengeluarkan gas ini, dan ini turut memberi kesan kepada buah atau sayur yang diletakkan berhampiran.

Juga jangan simpan pisang dalam beg tertutup. Atas sebab yang sama, bila pisang diletakkan dalam tempat tertutup, gas ethylene terperangkap dalam beg tersebut dan ini akan menyebabkan pisang cepat rosak.

5. Bila pisang dah betul-betul masak baru boleh letak dalam peti ais

Untuk mengelakkan pisang dari busuk lepas dah masak, kamu boleh simpan pisang dalam peti ais. Suhu dalam peti ais akan melambatkan reaksi kimia yang menyebabkan pisang rosak. Tetapi jangan panik kalau kulit pisang jadi hitam, ini adalah disebabkan tindakbalas berlaku pada pigmen kulit pisang tersebut. Kamu masih boleh makan pisang itu, isinya masih rasa sedap dan pejal.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like