Ramai berpendapat wanita ni hanya tau pandu kereta, tapi tak tahu penjagaan dan penyelenggaraan kereta. Kali ini kami berkongsi satu informasi yang sangat berguna dari Facebook (sumber asal tidak diketahui) tentang penjelasan sejauh mana kereta anda akan bergerak sekiranya meter sudah berkelip pada nyalaan E.

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.

Gambar dari sembang-auto.com
Gambar dari sembang-auto.com

Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.

Gambar dari sembang-auto.com
Gambar dari sembang-auto.com

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan *berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ)

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Anggaran kiraan ini adalah sangat bergantung kepada behaviour pemanduan dan keadaan kenderaan anda sendiri. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu laju, penggunaan bahanapi akan lebih menyebabkan anda memperoleh kiraan kilometer yang lebih sedikit berbanding di atas. Keadaan kereta juga memainkan peranan di mana kereta yang diservis dan diselenggara dengan baik akan sentiasa menggunakan bahan bakar yang efisien berbanding yang tidak atau kenderaan yang terlalu tua usianya.

 

Ini adalah segmen Penulis Jemputan. Jika anda ada blog atau artikel menarik yang ingin anda kongsikan bersama kami, email ke hello@dewimalaysia.com

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like