Tak semua orang tahu tentang Reddit. Ianya lebih kurang macam sebuah forum online di mana pengguna boleh berbincang tentang apa-apa sahaja isu. Seperti Facebook, tapi ia ada kategori perbincangan tertentu. Ia juga terkenal kerana sering membincangkan tentang topik hangat dan kontroversi.

Namun demikian, ada sebuah thread yang pengguna Reddit bincangkan yang kami rasakan berbermanfaat, terutama bagi mereka yang baru berumahtangga. Mereka membincangkan tentang apakah nasihat terbaik yang dapat pengguna Reddit berikan kepada mereka yang sedang melayari alam berumahtangga?

Ini antara jawapan bernas dari pengguna Reddit yang berpengalaman:

#1 Terima perubahan yang berlaku pada diri sendiri mahupun pada pasangan

Menurut pengguna bernama Quasifrodo, perkahwinan banyak merangkumi perubahan, samada perubahan peribadi ataupun dalam fasa perhubungan. Kamu tidak perlu merasa risau jika berlakunya sebarang perubahan pada pasangan atau perhubungan kamu; ia normal. Yang penting, kenalpasti dan perbaiki kehendak dan harapan kamu dan pasangan terhadap perkahwinan ini. Dengan kata lain, jangan berharap pada sesuatu yang tidak realistik, kerana hidup tak seindah drama TV3.

#2 Jangan tidur dalam keadaan marah

Pengguna Reddit Planting_progress pula berpegang pada prinsip ‘jangan menyimpan marah sampai matahari terbenam’, iaitu jangan tidur tanpa meminta dan memberi maaf kepada pasangan. Dalam Islam juga diajar begini. Dengan ini, anda dapat tidur lena kerana tidak perlu memikirkan tentang pertengkaran siang tadi. Ia juga akan membuatkan rumahtangga anda lebih harmoni.

#3 Cuba melihat dan memahami sesuatu dari sudut pandangan pasangan

Bagi gloriascranton, empati adalah antara kualiti penting dalam perhubungan, iaitu kebolehan menyelami hati atau fikiran pasangan. Jangan terlalu cepat menghukum. Contohnya, jika kamu percaya yang pasangan kamu bukan jenis orang menyakitkan hati, oleh itu jika suatu hari nanti dia melukai kamu, berkemungkinan besar itu tidak disengajakan. Jadi beri peluang padanya untuk memberi penjelasan dan perbaiki diri. Kamu sendiri pun jika buat salah, mesti mahu peluang kedua bukan?

#4 Bekerjasama membuat kerja rumah

Shinkouyou berpendapat, adalah normal untuk pasangan suami isteri bertengkar tentang isu yang satu ini: mengemas rumah. Nasihat beliau adalah buat undang-undang supaya semua ahli di dalam rumah harus menyumbang tenaga dan bertanggungjawab menjadikan kediaman bersih. Standard juga harus ditetapkan supaya ahli yang agak malas tidak akan terlepas dari mengemas rumah. Perkara ini nampak remeh, tetapi ia aspek penting dalam kehidupan berumahtangga kerana suasana bersih mencerminkan pemikiran penghuni, dan ia mengajar tentang team work.

#5 Jangan sebut perkataan “tak pernah”

Pada pendapat chocolate_on_toast, penggunaan ayat yang betul adalah sangat penting dalam komunikasi rumahtangga. Perkataan ‘tak pernah’ dan ‘sentiasa’ adalah dua perkataan yang harus dielakkan penggunaannya. Contohnya seperti “Awak tak pernah bantu saya buat kerja rumah.” Perkataan yang boleh digunakan pula adalah “selalu” atau “jarang”. Pemilihan perkataan yang betul memberi impak besar dalam komunikasi perhubungan, takut tersilap cakap ada yang terasa hati atau memendam perasaan.

#6 Masuk tidur pada waktu yang sama

Pengguna 1ove1985 berpendapat masuk tidur pada waktu yang lebih kurang sama dengan pasangan dapat mengeratkan perhubungan. Mengakhiri hari kamu bersama-sama adalah salah satu cara untuk menguatkan hubungan kamu berdua. Sebelum tidur, boleh pillow talk  terlebih dahulu, kan?

#7 Berbincang tentang hutang

Duit memang perkara penting dalam rumahtangga jadi apa saja perkara berkenaan duit, harus dibincang bersama pasangan. Pengguna bernama Your_dragon_is_cool berpendapat, sebelum berkahwin, pastikan kamu tidak berselindung tentang hutang yang anda ada. Sekiranya si dia ditakdirkan menjadi jodoh kamu, insyaAllah pasti ada cara untuk kamu berdua menyelesaikan masalah hutang itu bersama-sama. Lagipun, ia melambangkan kepercayaan dan kejujuran, dan mengelakkan masalah berlarutan di kemudian hari.

#8 Bersatu padu dan protektif

Memang seronok kalau dapat bahan pasangan di hadapan rakan, mungkin kerana kamu rasa “selamat” dikelilingi rakan-rakan dan pasangan kamu tidak mampu membalas kembali. Tapi perbuatan membahan pasangan ini sebenarnya lebih banyak buruk dari baiknya. Jika bertelagah pendapat juga begitu, elakkan dari berlaku di hadapan orang lain. Jika kamu menegur atau bertengkar dengan pasangan kamu di hadapan keluarga atau rakan-rakan, dia akan automatik menganggap kamu bukan berada di pihaknya. Jika kamu rasakan pendapat atau cara pasangan kamu salah, diskas secara peribadi antara kamu berdua sahaja. Jadilah team player yang baik.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Cara Mengazankan Bayi Lelaki dan Perempuan

Setiap pasangan ibu bapa Muslim yang bakal menyambut insan baru dalam rumahtangga, menyambut kelahiran dengan laungan azan sederhana bagai melengkapkan proses menyambut kelahiran bayi sama ada bayi yang lahir adalah lelaki atau perempuan.