Touch ‘n Go eWallet telah dipilih untuk mengambil bahagian di dalam program ‘e-Tunai Rakyat’, satu inisiatif rangsangan digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu. Melalui inisiatif ini, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk mendapat RM30 setiap seorang melalui Touch ‘n Go eWallet. Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehingga 14 Mac 2020. Tuntutan boleh dibuat dan digunakan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan ini.

Penglibatan Touch ‘n Go eWallet di dalam inisiatif ini akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati manfaat ‘e-Tunai Rakyat’ dengan mudah melalui Touch ‘n Go eWallet. Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch ‘n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya. Pengguna juga boleh membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.

Sebagai aplikasi e-dompet terbesar di dalam negara, Touch ‘n Go eWallet memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ke arah masyarakat tanpa tunai. Touch ‘n Go eWallet bertujuan untuk menjadikan kehidupan seharian semudah mungkin untuk semua rakyat Malaysia menuju ke era digital baru tanpa halangan dari segi penggunaan.

“Kami memberi sokongan penuh terhadap usaha kerajaan untuk merangsang ekonomi digital dan memastikan tiada rakyat Malaysia ketinggalan dalam usaha untuk mewujudkan ekonomi negara yang digital. Sebagai perintis dalam pembayaran mikro, kami diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan inisiatif e-Tunai Rakyat bagi merapatkan jurang antara dunia bayaran tunai dan digital di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia akan menjadi lebih yakin untuk mengamalkan dunia pembayaran tanpa tunai,” kata Ignatius Ong, CEO, TNG Digital Sdn. Bhd.

Bagi membolehkan rakyat menebus melalui Touch ‘n Go eWallet, pengguna perlu mendaftar untuk akaun Touch ‘n Go eWallet dan melengkapkan proses Pengesahan Akaun (proses eKYC) yang mudah dan cepat. Untuk mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet, pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengenalan mereka (IC) dan swafoto serta mengisi butiran peribadi.

Untuk maklumat lanjut mengenai e-Tunai Rakyat, sila log masuk ke https://www.tngdigital.com.my/etunairakyat. Untuk informasi mengenai Touch ‘n Go eWallet dan promosi-promosi terkini, sila log masuk ke https://www.tngdigital.com.my/ atau layari http://www.facebook.com/touchngoewallet. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like