Krismas bakal menjelang tiba tak lama lagi. Kalau sebut pasal Krismas, mesti rakan-rakan yang menyambutnya terbayangkan Santa Claus kan? Ada yang kata Santa Claus wujud, ada yang tak percaya. Namun yang kita semua tahu, tempat tinggal Santa Claus adalah di North Pole. Wujud ke North Pole ni?

Jawapannya, ye memang wujud. Bukan saja North Pole wujud, malah ada rumah beliau di sana. Kali ini Trip Impian akan kongsikan cara nak ke North Pole. Senang je kot! Kami sendiri pun nak pergi:

1. Tempah pakej pelayaran menaiki kapal ‘icebreaker’ di laman web Adventure Life (link)

Layari laman web Adventure Life (link) dan pilih “North Pole Ultimate Adventure”. Letakkan tarikh dan hantar borang (selepas bayar). Anda boleh pilik bilik kabin mengikut kesesuaian anda; dari Standard Twin hinggalah ke Arktik Suite.

screen-shot-2016-12-08-at-1-18-01-am

2. Tiba di Helsinki dari Kuala Lumpur

Anda perlu membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Helsinki, Finland. Penerbangan pergi balik ke dan dari Helsinki tidak termasuk dalam pakej pelayaran.

Helsinki, Finland
Helsinki, Finland

3. Naik penerbangan charter dari Helsinki ke Murmansk, Russia

Apabila anda tiba di Helsinki, anda kemudiannya harus menaiki penerbangan charter ke Murmansk, Russia. Penerbangan ini termasuk dalam pakej pelayaran Adventure Life.

Murmansk, Rusia
Murmansk, Rusia

4. Belayar ke Northpole

Dari Murmansk, Rusia anda akan menaiki kapal icebreaker 50 Years of Victory. Pelayaran mengambil masa lebih kurang 2 minggu pergi dan balik. Kapal ini digelar kapal icebreaker kerana ia berkebolehan melalui bongkah-bongkah ais.

screen-shot-2016-12-08-at-1-05-16-am
Kapal 50 Years of Victory

Itinerary

Berikut adalah itinerari biasa sepanjang pelayaran kamu dari Murmansk, Rusia:

Hari 1 : Hari pelayaran bermula dari Murmansk, Russia

Hari 2-5 : Belayar ke arah utara Lautan Arctic

Masa yang diambil untuk sampai ke North Pole adalah lebih kurang 5 hingga ke 8 hari, mengikut keadaan cuaca. Jadi kamu bolehlah ambil kesempatan ini berkenalan sesama penumpang pelayaran. Kalau bosan jugak, kamu boleh naik helikopter yang disediakan untuk melihat keindahan alam dari pandangan atas.

Hari 6 : 90° North | North Pole

Yey! Sampai.

screen-shot-2016-12-08-at-12-51-55-am

Seperti yang kami katakan di atas, memang terdapat rumah Santa Claus di North Pole ini. Berbanding dengan ‘dunia luar’, penduduk di North Pole seolah-olah merayakan Krismas sepanjang tahun kerana Santa Claus ada di sini setiap bulan. Dalam rumah Santa Claus ini kamu boleh beli pelbagai cenderahati menarik untuk di bawa pulang. Kamu juga boleh ambil gambar dengan Santa! Hohoho!

screen-shot-2016-12-08-at-12-53-31-am

screen-shot-2016-12-08-at-12-53-44-am

screen-shot-2016-12-08-at-12-57-55-am

Hari 7 : Belayar ke arah selatan Lautan Arctic

Dalam perjalanan ke arah selatan Lautan Arctic, kalau kamu beruntung boleh ternampak polar bear.

screen-shot-2016-12-08-at-12-52-13-am

Hari 8-9 : Franz Josef Land

191 pulau di Franz Josef Island membentuk sebuah kepulauan paling utara di Eurasia, dan terletak di dalam bulatan Arctic. Di sini kamu boleh meneroka Cape Flora, dan menikmati tinggalan bersejarah tiga ekspedisi yang berakhir dengan malang. Jika keadaan mengizinkan, kamu juga boleh mengikuti lawatan Zodiac di cerunan tinggi kepulauan ini. Perkhidmatan helikopter turut disediakan untuk memberi kamu peluang melihat keadaan persekitaran di Franz Josef Land. Naik je lah, dah termasuk dalam pakej sekali kan?

screen-shot-2016-12-08-at-1-00-33-am
Franz Josef Land
screen-shot-2016-12-08-at-1-00-41-am
Franz Josef Land
screen-shot-2016-12-08-at-1-01-24-am
Franz Josef Land

Hari 10-11 : Di lautan

screen-shot-2016-12-08-at-12-52-03-am

Hari 12 : Tiba di in Murmansk, Russia

Hari 13 : Helsinki, Finland

Bagaimana dengan penginapan?

Penginapan? Tak perlu risau, kerana pakej pelayaran ke North Pole ini termasuk sekali dengan penginapan – kamu boleh pilih bilik berdasarkan kesesuaian dan bajet kamu. Erm.. tapi anda perlu cari hotel atau Airbnb ketika di Helsinki.

Kos Perjalanan

Tiket pergi balik Kuala Lumpur – Helsinki: lebih kurang RM3,000

Tiket perjalanan ke North Pole: lebih kurang RM130,000

Kesimpulan

Tak jadilah pergi, mahal sangat. Kbye!

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like