Jenama kecantikan Mamonde yang mengambil inspirasi dari bunga-bungaan kali ini tampil dengan produk terbaharu mereka iaitu Brightening Cover Cushion Line. Rangkaian ini diilhamkan oleh sifat pemulihan bunga Peach dan Narcissus, dan ianya untuk memenuhi setiap impian wanita untuk mempunyai kulit yang cerah dan bersih.

Direka dan dirumus khas dengan Brightening Cover Complex, rangkaian Mamonde
Brightening Cover Cushion mempunyai dua produk utama iaitu Brightening Cover Powder Cushion dan
Brightening Cover Watery Cushion yang mampu memberikan kulit cerah sekata sambil menutup
cela pada kulit untuk wajah yang cerah, lembap dan halus.

Mamonde Brightening Cover Powder Cushion with SPF 50+/PA+++, 15g (RM90)

 

Mamonde Brightening Cover Watery Cushion with SPF50+/PA+++ ,15g (RM90)

Rangkaian Mamonde Brightening Cover Cushion Line boleh didapati di Mamonde Beauty
Counters di Aeon 1 Utama, PJ, Aeon Mid Valley Megamall, KL, Aeon Bukit Indah, JB, Aeon Tebrau
City, JB, Aeon Queensbay Mall, Penang, Parkson Gurney Plaza, Penang dan Parkson Suria KLCC.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like