Skechers, salah satu jenama sukan dan gaya hidup terkemuka dunia kini telah melancarkan butik gaya hidup baharu di tingkat 1 Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2020 lepas. Butik kasut Skechers yang seluas 2,217 kaki persegi  merupakan kedai mereka yang kedua di Lembah Klang yang berkonsepkan gaya hidup dan fokus kepada produk lifestyle. 

Kedai gaya hidup baru di Mid Valley Megamall mempunyai visual-merchandising yang lain dari yang lain dan elemen reka bentuk lebih santai, sementara produk di kedai dikategorikan berdasarkan koleksi ikonik yang terdapat di kedai – Mark Nason x Skechers, Skechers USA, Skechers Sports, Skechers Modern Comfort, Skechers Street dan banyak lagi.

Skechers Malaysia juga akan membuka outlet baru di Tropicana Gardens Mall akhir bulan ini dan satu lagi di Gateway @ KLIA2. Outlet di Gateway @ KLIA2 akan mempunyai dua bahagian yang berbeza – sebuah kedai konsep, yang mempamerkan koleksi terbaru gaya hidup untuk Lelaki, Wanita, dan Anak-anak sementara kedai konsep di Tropicana Gardens Mall akan dilengkapi dengan koleksi  terkini gaya hidup dan kasut, pakaian, beg galas dan aksesori.

Kami sempat berkunjung ke outlet lifestyle Skechers dan kami suka dengan konsep yang lebih santai. Kasut-kasut di sini juga lebih mengenengahkan rekaan terkini dari Skechers yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Jom lihat kedai lifestyle terbaharu Skechers ini! 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like