Jenama penjagaan kulit bayi No. 1 Malaysia, Johnson’s tidak perlu diperkenalkan lagi. Johnson’s kini menyambut ulangtahun yang ke-125 dan untuk meraikan hari bermakna ini, Johnson’s® menyeru para pengguna Malaysia berkongsi kegembiraan mereka dengan menyertai peraduan Johnson’s®125 Years untuk berpeluang memenangi kotak tin vintaj edisi terhad dengan produk bersama cetakan khas nama pengguna di atasnya.

Johnsons telah menyediakan 1,000 unit kotak tin vintaj edisi terhad dan kami berharap dapat menghadiahkannya kepada pengguna yang paling setia. Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu mengambil foto kenangan kegemaran anda dengan produk Johnson’s®, tuliskan kapsyen ringkas yang menggambarkan kenangan tersebut dengan hashtag #Johnsons125Years, dan muat naiknya di halaman Facebook anda. Setiap minggu selama 8 minggu berturut-turut, 125 pemenang dengan penyertaan yang terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah.

Beberapa inovasi utama Johnson’s® termasuklah:

  • Jenama pertama menghasil dan memasarkan produk pembersihan yang dirumuskan supaya lembut dan selamat pada mata bayi dengan tanda lambing “NO MORE TEARS”.
  • Satu-satunya jenama yang mempunyai rutin 3 langkah sebelum tidur yang telah terbukti dapat membantu bayi supaya tidur lebih cepat, lebih nyenyak dan mengurangkan kekerapan bangun pada waktu malam.

 

 

Apakah detik-detik kegemaran anda dengan Johnson’s®? Muat naik foto dan kapsyen dengan hashtag #Johnsons125years hari ini! Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari laman Facebook Johnson’s® Malaysia @JohnsonsbabyMY.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like