ZALORA, Destinasi Fesyen Dalam Talian Asia melancarkan koleksi raya Rizalman for ZALORA minggu lalu. Koleksi ini merangkumi lebih daripada 100 reka bentuk, yang diilhamkan dari ibu negeri Rajasthan di India iaitu Jaipur.

Untuk kempen Rizalman for Zalora kali ini, Rizalman menampilkan Izara Aishah menjadi muse utama dan menjadi tuan rumah kepada 600 tetamu Rizalman dan pihak media.

Unsur-unsur dalam koleksi ini mencerminkan siluet India tradisional dan menampilkan penggunaan tekstil saree dan signature look draping yang menyerlahkan pakaian rona hitam dramatik. Kaya, berani, dan ultra mewah – penggunaan brocade, krep berat, chiffon bersulam, baldu, dan renda, meningkatkan rasa glamor Bollywood klasik.

RizalMen menampilkan kurtas, baju Melayu tradisional, sampin, baju, jubah, rompi, seluar, dan sandal dengan sentuhan tema Jaipur. Rizalman for ZALORA boleh didapati secara eksklusif di zalora.com.my antara RM170 dan RM1,271 untuk wanita, dan RM126 hingga RM509 ​​untuk RizalMen.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Ada Apa Kat Tbilisi, Georgia?

Kali ini kami di segmen Trip Impian ingin mengajak anda berangan-angan ke Tbilisi, Georgia. Wow, tak pernah dengar pun nama tempat tu? Best ke? Nak tau, bacalah