Saya yakin, ramai di antara kita ni pernah ada pengalaman pedih dan sedih putus cinta atau dikecewakan. Mungkin juga ada yang ada pengalaman orang yang disayang tikam belakang.

Bagi mereka yang berulang kali dilukai, pasti ada timbul perasaan serik dalam hati. Perasaan serik ni nanti akan menyebabkan seseorang itu susah nak percaya kepada sesiapa. Ye lah, kita dah penat-penat bagi kepercayaan, tapi orang tak hargai dan disia-siakan begitu saja. Dah beri janji dan harapan, tetapi palsu pula. Siapa yang tak sedih dan kecewa?

Masalah susah nak percaya kat orang ni walaupun kelihatan seperti remeh, tetapi sebenarnya ia boleh memberikan kesan yang besar kepada kamu yang menghadapinya, terutama jika kamu ingin memulakan hidup dan perhubungan yang baru.

screen-shot-2016-10-24-at-2-08-23-pm

Antara ciri-ciri lain masalah kepercayaan adalah seperti:

  1. Suka mempersoalkan kejujuran dan kebenaran sesuatu. Contohnya, bila kamu bertemu seseorang yang baru, kamu akan mempersoalkan dalam diri kamu kebenaran yang dia kongsikan tentang dirinya. Betul ke tu? Entah-entah tipu!
  2. Tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam perhubungan. Maksudnya, kalau sayang seseorang, sayang separuh-separuh sahaja, sebab takut kalau sayang sepenuh hati nanti kecewa lagi.
  3. Mengambil masa yang lama untuk bersikap terbuka terhadap seseorang. Contohnya, kamu tak nak ceritakan tentang diri kamu sebab takut nanti orang ambil kesempatan dan mengecewakan kamu.
  4. Lebih rela menyendiri dari dikecewakan.

Kamu ada ciri-ciri di atas? Kalau ada, sah dan ya kamu ada masalah kepercayaan. Bagaimanakah nak mengatasi masalah ini?

  1. Kena faham bahawa pengetahuan kita tentang sesuatu tu sangat limited, begitu juga dengan hati budi seseorang. Kita takkan pernah tahu, apakah hati budi sebenar seseorang itu sehinggalah kita mengenali mereka sepenuhnya. The best way is, cuba terima seseorang itu seadanya. If it makes you feel better, put one of your feet on the ground tapi teruskan memberi peluang kepada perhubungan baru itu sehingga kamu rasa betul-betul selamat. Apa salahnya berkenal-kenalan kan?
  2. Kena faham dan terima bahawa setiap orang adalah berbeza-beza. Tak semua orang jahat, dan tak semua orang baik. Jadi tak semestinya kamu ada pengalaman pahit di masa lampau, kamu akan terus-terusan mengalami pengalaman pahit.
  3. Sentiasa ikut kata hati atau instinct, terutama jika ia sangat kuat. Kalau kamu rasakan apa yang kamu lakukan adalah salah, jangan teruskan.
  4. Ingatlah hidup cuma sekali.Bagi peluang pada diri kamu untuk nikmati hidup. Memang kita akan berjumpa orang yang salah beberapa kali sepanjang kita hidup, tetapi itulah yang menjadikan kita kuat dan lebih matang dalam menghadapi masa hadapan. Jadikan ini pengajaran dan dalam masa yang sama, beranikan diri untuk meneruskan kehidupan.
  5. Istikharah jika kamu mahukan jawapan. Tak ada yang lebih mengetahui selain dari Yang Maha Esa kan?

Bak kata orang tua-tua, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Doakan yang baik-baik dan murni-murni sahaja dalam hidup kamu ya?

Jika kamu ada soalan peribadi lain, kamu boleh emailkan kepada saya di sayaalayna@gmail.com

1 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

8 Kelebihan Menjadi Single

Anda tidak mempunyai teman wanita atau lelaki, dan kadang-kadang ada yang rasa sunyi. Tetapi tidak mestinya kerana ada…