Comel betul anjing bijak ini. Seekor anjing peliharaan yang ‘menjual rokok’ selama bertahun-tahun di sebuah kawasan kejiranan di Tokyo barat amat bijak sehinggakan mempunyai peminat di seluruh dunia dan berlakon di dalam satu kempen pencegahan kebakaran.

Anjing jenis Shiba Inu ini diberi nama Shiba-chan dan berusia 6 tahun, telah dilatih untuk membuka tingkap kedai menjual rokok menggunakan hidung dan kaki hadapannya apabila mendengar pelanggan membunyikan loceng.

Seseorang pelancong asing telah merakamkan aksi anjing bijak ini dan video itu telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 11 Ogos lalu. Sejak itu, video telah dilihat lebih 300,000 view dari seluruh dunia.

Baru-baru ini, balai bomba Koganei mengambil kesempatan daripada populariti Shiba-chan, untuk menjadi ia maskot untuk kempen pencegahan kebakaran. Sepanjang tempoh kempen ini, Shiba-chan memakai kemeja-T kuning yang direka oleh anggota bomba dengan mesej menyeru langkah berjaga-jaga terhadap kebakaran. Shiba-chan memakai kemeja apabila dia menjaga kedai rokok dan apabila pemiliknya mengambil dia keluar untuk berjalan-jalan.

Pada 14 November lalu, Shiba-chan telah diberikan surat penghargaan daripada stesen api berdekatan atas sumbangannya kepada kempen itu, serta snek kegemarannya iaitu timun!

anjing-jual-rokok-3 anjing-jual-rokok-2 shiba-chan

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like