Neubodi, sebuah jenama tempatan pakar pakaian dalam, telah secara rasminya melancarkan kempen Bra Drive “SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA” yang akan dijalankan selama sebulan sehingga 5 November, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa.

Jom derma pakaian dalam!

Serahkan bra yang terpakai atau bra yang tidak dimahukan lagi ke   “Bank Bra” di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara dan mereka akan menyumbangkan barangan tersebut kepada mangsa pemerdagangan seks, untuk membolehkan mereka diterap masuk kembali kepada masyarakat sambil memperoleh rezeki dengan menjual bra terpakai.

Golongan yang akan memperoleh manfaat daripada inisiatif SUMBANGAN ini adalah komuniti-komuniti di Malaysia, Kemboja, Nepal, India dan Afrika termasuk golongan yang hidup dalam kemiskinan, di mana bra merupakan barangan yang amat diperlukan – bagi tujuan keselesaan dan keyakinan.

Untuk memastikan tiada tekstil terbuang, bra yang tidak sesuai untuk disumbangkan akan diambil oleh rakan strategik kami, Life Line Clothing. Menggunakan teknologi tersendiri, bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan ditukarkan menjadi bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula, yang biasanya digunakan untuk penjana dan dandang perindustrian. Inisiatif “KITAR SEMULA” ini merupakan AKTIVITI pertama sejenis ini di Malaysia.

Kejayaan kempen Bra Drive SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA. Neubodi ini telah dijayakan dengan sokongan daripada rakan strategik kami Excel SLA (M) Sdn.Bhd dan 3 Gorgeous Network. Bra Drive Neubodi kini telah dianjurkan buat tahun kelima dan sehingga kini telah berjaya mengumpul enam tan bra. Melalui usaha “menerajui inisiatif kebajikan wanita” Neubodi Holdings Sdn.Bhd telah menerima Anugerah KPWKM CSR Malaysia (Kategori SME) pada Julai 2017.

Acara penting hari tersebut termasuklah sumbangan rasmi cek bernilai lebih daripada RM60,000 kepada BCWA daripada inisiatif “Pedal Forward” Neubodi. Pada pagi tersebut, seramai lebih daripada 100 orang penu8nggang basikal telah mengayuh sejauh 18km, setelah secara peribadi mengumpul dana  selama sebulan sebelum acara. Dana telah dikumpulkan menerusi MyStartr – sebuah platform sumber dana awam, menjadikan ini program pertama di Malaysia yang melakukan sedemikian.

Acara perasmian tersebut telah dihadiri oleh para selebriti seperti Amber Chia, Agnes Wang, Carrie Lee, Jan Chia, Lavin Seow dan Thanuja Ananthan, serta figura awam seperti Puan Sri Dato’ Akmal yang juga merupakan Penaung bagi Penyakit Tidak Berjangkit, Alvin Lim – pengayuh tangan paralimpik negara pertama Malaysia dan pemenang pingat emas sebanyak dua kali, serta pereka fesyen Key Ng. Ada di antara selebriti-selebriti ini turut mengambil bahagian dalam kayuhan Pedal Forward. Program kesedaran awam Neubodi, yang berakhir pada hujung minggu ini, merupakan acara dalaman dengan rakan acara lain serta penyewa pusat membeli-belah mengadakan aktiviti-aktiviti dari flash mob, sesi dandanan, pembuatan kraf tangan sehinggalah ke seni pin, perbincangan tentang penjagaan alam sekitar, sesi makan bertema, dan photo booth.

Maklumat lanjut tentang Bra Drive “SUMBANG.SOKONG.KITAR SEMULA” Neubodi 2017, yang berakhir pada 5 November, boleh didapati di laman Facebook Neubodi, facebook.com/neubodi atau laman webnya di neubodi.com

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like