Lain padang, lainlah belalang. Ada orang lebih gemar berbuka puasa dengan makanan tradisional atau masakan kampung, namun ada juga yang suka makan makanan ala barat atau Western, macam saya. Ini kerana saya merasakan bahawa makanan western memberikan suatu pengalaman yang lain dari kebiasaan dan rasanya juga simple.

Persoalan yang sering bermain di minda para pencinta makanan western adalah…restoran mana yang menyediakan makanan barat sebagai juadah berbuka puasa, dan dengan harga yang berbaloi-baloi?

Kulcats Barrio, TTDI lah jawapan saya.

kulcats-04
Suasana di Kulcats Barrio
kulcats-02
Suasana di Kulcats Barrio
kulcats-01
Suasana di Kulcats Barrio

kulcats-03

Kulcats Barrio terletak di 35, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Nama Kulcats Barrio ini lebih kurang bermaksud ‘cool neighborhood‘ ataupun kejiranan yang sempoi dan diusahakan oleh beberapa orang anak muda yang sangat mencintai dunia masakan dan makanan, terutama makanan barat. Makanan di sini terdiri dari campuran makanan yang berasal Amerika, Sepanyol dan Itali. Menurut team Kulcats Barrio, semua menu yang terdapat di restoran ini semuanya dibuat sendiri oleh chef mereka – dari kentang sehinggalah ke roti. 

Di bulan Ramadhan ini, Kulcats Barrio tetap menyajikan menu tetap ala barat mereka khusus untuk pencinta makanan Western. Bersempena bulan puasa ini, Kulcats Barrio ada menyediakan 2 promosi istimewa khas untuk para pelanggannya. Promosi 1: Two Course Meal, dengan harga dari RM39, menyajikan 2 menu hidangan pilihan pelanggan ditambah dengan 2 air istimewa percuma, 1 air panas dan manisan atau kuih muih dari Kulcats Wake & Bake, dan Promosi 2: Ala Carte.

Untuk Promosi 1 ini, pelanggan perlu memilih antara satu menu pembuka selera (appetizer), iaitu

  • Fish Fingers: Filet ikan dengan luarannya yang rangup disajikan dengan sos tartar
  • Calamari Fritos – Kalamari digoreng rangup juga disajikan dengan sos tartar
  • Spicy Chicken Wings – Diperap dengan sos rahsia Barrio dan disajikan dengan celupan madu pedas
  • Fried Chicken Crispers – Filet ayam dilengkapi dengan mustard madu
  • Pumpkin Frittata –  Resipi Itali dimana telur dipukul dan dimasak dengan labu dan daun parsley

Pelanggan juga boleh memilih satu menu utama (main course) dan mana-mana 2 jenis air, air panas dan kuih-muih. Promosi 1 ini terbuka kepada para pelanggan dari pukul 7 malam hingga 8.30 malam sahaja.

kulcats-05
Kuih-muih ini dihidangkan percuma untuk pelanggan Kulcats Barrio di bulan Ramadhan
Pelanggan boleh memilih antara tiga jenis air percuma ini: Laici Lagoon, Laici Rose dan Rose Fizz.
Pelanggan boleh memilih antara dua dari tiga jenis air percuma ini: Laici Lagoon, Laici Rose dan Rose Fizz (dari kiri)

Antara menu utama yang terdapat dalam Promosi 1 adalah seperti:

Bbq Roast Chicken

Ayam diperap dan dimasak serta dilengkapi dengan sos bbq, roti bawang putih, kentang lenyek dan coleslaw

Roast Lamb

Daging kambing diperap dan dimasak dengan sos mint, disaji dengan roti bawang putih, nasi herba dan coleslaw

Cajun King Pasta

Spageti dengan portion besar, udang besar, krim dan parmesan

White Fish

Ikan yang dimasak dengan mentega dan lemon, dihidangkan bersama nasi herba dan salad.

kulcats-11

Beef Wellington

Daging steak yang disaluti dengan cendawan pate, kemudian dibalut dengan pastri puff dan dibakar.

kulcats-19

Manakala Promosi 2: Ala Carte pula, anda boleh memesan mana-mana menu ala carte dan anda akan dihidangkan sekali dengan 2 jenis air pilihan anda, satu air panas dan kuih-muih. Promosi ini bermula dari pukul 9 hingga 11 malam setiap hari di bulan Ramadhan. Antara menu yang terdapat dalam Promosi 2 ini adalah seperti:

Facon Carbonara (RM27)

kulcats-12

Fettucinnie dimasak dengan kuah berkrim, ditambah dengan kepingan daging, cendawan, daun basil dan keju Parmesan. Ini memang menu pilihan saya, kerana saya adalah penggemar carbonara.

 

Grilled Lamb Ribs (RM34)

kulcats-08

Daging kambing yang diperap dihidangkan dengan sos mint, roti bawang putih dan coleslaw.

 

Cheezy Weezy (RM21)

kulcats-13

Burger dengan kepingan tebal daging, dilengkapi dengan mayonis jalapeno, cili, jeruk jalapenos, keju cheddar, salad, tomato dan bawang.

 

Beef Bolognese (RM23)

kulcats-09

Spageti ini dimasak dengan sos daging Bolognese dan keju Parmesan.

 

Aglio Olio Breadcrumbs (RM19)

kulcats-10

Ini pula spageti yang dimasak dengan cili, kepingan daging, tomato ceri dan butiran roti berherba.

 

Chicken Pizzaiola (RM23)

kulcats-16

Dada ayam dimasak dengan sos pomodoro, capers, buah zaitun dan dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad.

 

Roasted Herbs Chicken (RM28)

kulcats-20

Ayam diperap dan dihidang dengan sos cendawan lada hitam, kentang lenyek dan salad.

 

Teriyaki Salmon (RM33)

kulcats-21

Kepingan ikan salmon dihidangkan bersama hirisan bawang putih rangup, spageti teriyaki dan salad.

 

Da’ Sloppycats (RM25)

kulcats-22

Daging burger Barrio dilengkapi dengan mayonis jalapeno, chili con carne, jeruk jalapeno, keju cheddar, salad, tomato dan bawang.

 

Kulcats Lamb Chop (RM30)

kulcats-23

Kambing diperap dan dihidapkan dengan sos mint, kentang lenyek dan salad.

Hmm tengok saja dah tahu sedap, kan? Saya sendiri sebagai penggemar makanan western memang menggalakkan anda untuk mencuba makanan di Kulcats Barrio ini. Bukan hanya kerana makanannya sedap dan harganya berbaloi, tetapi suasana restorannya yang rileks tetapi hipster namun selesa, di tambah dengan servis yang serba lengkap dan pantas; anda pasti tidak akan menyesal memandu sehingga ke TTDI.

Jika anda ingin mencuba sendiri kelazatan menu ala barat di Kulcats Barrio, kunjungilah restoran mereka di 35, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Anda juga boleh layari Facebook dan Instagram mereka, kalau nak tanya apa-apa soalan.

2 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like