Bagi warga kota yang tenggelam dengan kesibukan kerja dan tak ada masa untuk membeli makanan untuk makan tengahari ataupun malam, DAHMAKAN adalah solusinya. dahmakan menyediakan servis perkhidmatan penghantaran makanan sihat ke depan pintu pejabat dan rumah anda  dengan bayaran yang berbaloi dan mereka juga menyediakan menu menarik dan sihat untuk anda.

Baru-baru ini, Ayam Brand™, salah satu jenama isi rumah kegemaran yang mempunyai rangkaian luas produk makanan di Malaysia kini bekerjasama dengandahmakan. Kerjasama ini bertujuan untuk membawa rasa santan kelapa yang lazat kepada lebih ramai orang di Kuala Lumpur menerusi penghantaran makanan gourmet yang sihat oleh pihak dahmakan.

Apa itu dahmakan?

dahmakan menjadikan servis penghantaran makanan pada setiap hari lebih mampu milik. Pasukan chef hotel 5 bintang mereka menghasilkan hidangan tengah hari dan makan malam yang sihat menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Ia juga mudah dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan dalam masa 45 minit selepas tempahan dibuat. Ayam Brand sememangnya sinonim dengan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet.

Kolaborasi di antara dua jenama ini dibina berasaskan nilai ingin menawarkan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet. Usahasama ini memastikan pelanggan dahmakan dapat menikmati rasa dan kelebihan Ayam Brand™ Coconut Milk di dalam hidangan-hidangan signatur mereka termasuklah Rendang Ayam dan Ayam Percik. Kerjasama ini akan berlangsung mulai Jun 29, 2018 selama tiga bulan.

Rakyat Malaysia memang sudah lama sukakan santan dan produk kelapa yang lain memandangkan kelapa merekodkan penggunaan per kapita paling tinggi (PCC) iaitu 17kg setahun, mendahului carta penggunaan tanaman buah-buahan di Malaysia.

Ayam Brand™ pula merupakan jenama santan terlaris di Malaysia. Cuba menu baharu dahmakan dengan santan Ayam Brand™ dan tempah di laman web https://dahmakan.com/menu dengan harga bermula RM18 hingga RM29 termasuk penghantaran. Anda juga boleh membuat tempahan menerusi aplikasi mereka yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai-kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like