Guardian Malaysia baru-baru ini telah melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.

hdrpl

Promosi ini, yang juga berlangsung sempena bulan Ramadan yang mulia, bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat.

Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, para pelanggan boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera anda.

hdrpl

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Pelanggan boleh mendapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan barangan anda.

Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan bakal dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia.

Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences,  Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like