Tahukah anda, menurut International Trademark Association, sebanyak USD460 billion barangan tiruan telah djual dan dibeli pada tahun lalu?

Untuk mengatasi masalah penipuan seperti ini, THE FIFTH COLLECTION, sebuah jenama mewah dari Singapura telah membantu dan membuat pelaburan untuk membina teknologi untuk mengesan ketulenan barangan berjenama, Entrupy. Teknologi ini menggunakan kepintaran artifisial dan perisian pengimbas imej yang mampu mengenalpasi ketulenan barangan mewah sehinggai ketepatan 98.5%.

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, THE FIFTH COLLECTION adalah pakar dalam ketulenan barangan mewah dan komited untuk memastikan hanya yang asli ditawarkan kepada pembeli. Untuk meneruskan komitmen mereka, THE FIFTH COLLECTION terus melabur dalam pembangunan dan kajian membasmi barangan tiruan, antaranya Entrupy.

Idea membangunkan Entrupy bermula apabila pengasas THE FIFTH COLLECTION, Nejla Matan dan Michael Finn kecewa dengan janji palsu pakar ketulenan barangan mewah dari kedai terpakai dan mendorong mereka mencari penyelesaian secara saintifik untuk membolehkan pengguna  yang ingin membeli barangan mewah terpakai mendapat barangan yang asli. Pembangunan Entrupy ini mereka temui di NYU dan seterusnya memberikan dana dan sokongan yang aktif terhadap pembangunan teknologi ini.

Teknologi ini menggunakan kamera mikroskopik yang mampu mengambil gambar sehingga 260 kali dari pelbagai sudut dan aspek barangan, termasuk material, jahitan, setem dan hiasan besi. Dengan lensa berkuasa tinggi ini, kita boleh membayangkan melihat butiran pasir seolah-olah ia bersaiz seperti biskut. Gambar yang diperolehi akan menghasilkan ‘visual genome’ yang kemudiannya dibandingkan menggunakan algoritma kepintaran dalaman pada pangkalan data yang mempunyai berjuta-juta imej barangan yang tulin dan palsu dari jenama, model dan tahun yang sama. Setiap kali barangan diimbas, algoritma ini akan menjadi semakin pintar dan tepat. Dengan ini, THE FIFTH COLLECTION dapat menjamin ketelusan dan keefisienan terhadap barangan berjenama, terutama barangan jenama terpakai.

 

THE FIFTH COLLECTION adalah pengedar barangan berjenama terpakai. Ditubuhkan pada 2014, mereka telah membina reputasi yang baik dan berkualiti serta mempunyai perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like